Seni digital dan reka bentuk grafik merupakan salah satu karier yang di bentuk daripada hobi sendiri. Pada mulanya, seni sebegini hanyalah dibuat untuk mengisi masa lapang atau hanya untuk tujuan tertentu. Ini mampu memberikan hasil yang lumayan kepada diri sendiri dan kepada orang lain. Seni digital ialah seni yang dicipta dan menggunakan komputer di dalam bentuk digital. Seni digital boleh sepenuhnya dihasilkan menerusi komputer seperti fraktal, atau daripada sumber lain, seperti gambar diimbas, atau dilukis menggunakan perisian grafik vektor menggunakan tetikus atau papan grafik (graphics tablet). Istilah ini biasanya dikhaskan bagi seni yang sebahagian besarnya disunting melalui komputer.
Sumber: https://cikgugrafikanda.wordpress.com/2015/03/16/apa-itu-reka-bentuk-grafik/
Industri kreatif di Malaysia terutamanya di Sabah memerlukan pengkhususan khas untuk reka bentuk grafik. Pembelajaran seni seperti dapat meningkatkan lagi daya kreativiti seseorang individu dan sekali gus meningkatkan kemahiran IT mereka untuk bidang reka bentuk grafik. Di Sabah, reka bentuk grafik dijadikan sebagai karier ataupun kerja sampingan sama ada untuk kegunaan pemasaran atau untuk kegunaan media-media tertentu. Antara syarikat yang menggunakan kaedah reka bentuk grafik ialah KHAIZ EMPIRE di Sabah.
Dengan kemahiran yang luas dalam pemasaran dan IT, seni seperti ini dapat digunakan untuk memasarkan atau memperluaskan pasaran secara digital. Antara contoh-contoh seni digital ialah seperti membina templat reka bentuk untuk kegunaan ramai dengan menggunakan aplikasi-aplikasi tertentu. Kemahiran sebegini termasuk dalam pakej pemasaran iaitu membantu ahli perniagaan lain untuk meluaskan pasarannya menggunakan templat reka bentuk iklan-iklan barangan.
Sumber: https://www.kolejuniti.edu.my/fakulti-teknologi-dan-kejuruteraan/diploma-rekabentuk-grafik/
Bengkel sudah pernah dibuat. Malahan, ada juga pengkhususan khas dibuat di kolej-kolej dan dibuat secara seminar atau termasuk dalam silibus mereka. Seni seperti ini bukan sahaja diterapkan sebagai hobi tetapi juga karier tetap kerana ilmu sebegini merupakan kaedah pengiklanan, sumber IT dan aset penting kepada pemasaran digital. Teori dan secara praktikal dilakukan secara beransuran supaya pelajar mudah memahami apa yang mereka pelajari.
Seni digital dan reka bentuk grafik juga merupakan salah satu kegunaan dalam pembuatan filem animasi. Seni-seni yang dihasil secara digital kemudiannya ditukarkan kepada animasi berbentuk 3D, pergerakan pada objek dihasil dan kemudiannya suara latar diisi oleh pelakon-pelakon yang telah dipilih. Banyak animasi-animasi yang di hasil daripada Sabah namun kebanyakannya hanyalah untuk tujuan content di platform-platform tertentu seperti Youtube, Tiktok, Instagram dan Facebook.
SAC3 ataupun Sabah Animation and Creative Content Centre merupakan institusi yang mengajar penggunaan aplikasi untuk menghasilkan animasi. Namun platform tersebut tidak hanya khusus kepada animasi sahaja. Bidang lakonan, pembuatan filem dan content creator. Institut ini dapat mengasah bakat para karyawan di Sabah dan quality media di Sabah dapat ditingkatkan lagi.
Intinnya, seni seperti ini bukanlah sesuatu yang mudah ataupun pekerjaan yang hanya dilakukan oleh orang pemalas, namun, karier ini lebih dapat membuka minda kreatif di Sabah kerana produktiviti yang jelas dan ketara dan bukan dengan hasil tangan yang kosong. SCENIC mengharapkan agar seni digital dan reka bentuk grafik dapat mengubah masa depan kreativiti di Sabah.
BACA JUGA: KEPENTINGAN PEMBUATAN ANIMASI DALAM KEMAJUAN TEKNOLOGI KINI