Sabah Creative Economy & Innovation Centre (SCENIC) ialah sebuah inisiatif di bawah Kerajaan Negeri Sabah yang telah mendapat kelulusan Kabinet Sabah pada Ogos 2019.
SCENIC beroperasi di bawah Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KPSTI) dengan matlamat untuk mempercepatkan pembangunan industri di Sabah melalui penerapan teknologi, inovasi, kreativiti, serta kerjasama strategik bersama pelbagai pihak berkepentingan dalam ekosistem.
Inisiatif pembangunan kapasiti SCENIC dibangunkan berteraskan tiga (3) tonggak utama iaitu Keusahawanan Dipacu Inovasi, Teknologi, dan Kreativiti.
Mendapat kelulusan Kabinet Sabah dan diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Perindustrian (MID).
2020
2020
SCENIC mula beroperasi secara rasmi.
Mengharungi cabaran awal termasuk pandemik COVID-19, perubahan politik dan kekangan pembiayaan.
MyHacathon 2020 dengan kerjasama Cradle menyaksikan dua syarikat pemula niaga dari Sabah menjadi penerima pertama geran berjumlah RM250,000.
2021
2021
Menjadi Pusat Latihan Toon Boom bertauliah pertama di Malaysia.
Secara rasmi diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KPSTI) pada bulan Jun.
Memulakan perbincangan awal untuk membawa Digital dan IoT Sandbox ke Sabah
2022
2022
Melancarkan Digital dan IoT Sandbox.
Menganjurkan Sidang Kemuncak Perusahaan Sosial pertama di Sabah.
Melancarkan SCENIC Creative Academy.
Menubuhkan Ibu Pejabat SCENIC.
Menerima anugerah Agensi Awam Paling Berimpak dalam Memacu Penggunaan Digital 2022.
2023
2023
SCENIC dijemput untuk berkongsi pengalaman dan pencapaiannya di platform antarabangsa di Belanda, Scotland, Perancis dan United Kingdom.
Melancarkan inisiatif Kempen Masuk Sandbox.
2024
2024
Diiktiraf sebagai ekosistem perusahaan sosial kedua terbesar di Malaysia.
Diiktiraf sebagai ekosistem teknologi keenam terbesar di Malaysia.
2025
2025
Menjadi salah satu rujukan utama bagi kerjasama kerajaan di peringkat tempatan dan antarabangsa dalam pembangunan bakat.
Menganjurkan Creative Economy Summit yang pertama pada April 2025.
Menganjurkan Rural Social Enterprise Gathering (RSEG), himpunan global pertama di Asia yang menghimpunkan usahawan sosial luar bandar.
Sabah Creative Economy and Innovation Centre (SCENIC) merupakan satu inisiatif di bawah Kerajaan Negeri Sabah yang telah diluluskan oleh Kabinet Sabah pada Ogos 2019.
SCENIC berada di bawah seliaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) dengan tujuan untuk mempercepatkan pembangunan industri di Sabah melalui teknologi, inovasi dan kreativiti, serta kerjasama strategik bersama pelbagai pihak berkepentingan dalam ekosistem.