KEPENTINGAN PEMBUATAN ANIMASI DALAM KEMAJUAN TEKNOLOGI KINI

Pada era moden ini, perkembangan kemajuan teknologi adalah merupakan satu proses yang amat penting dalam merealisasikan satu negara yang lebih maju ke hadapan. Oleh itu, dalam usaha untuk menjadikan negara sebuah negara yang maju. Kita hendaklah meningkatkan lagi tahap kemajuan teknologi ke arah yang lebih mantap tidak kira lah dari segi apa sekali pun. Dalam bidang multimedia, animasi juga merupakan satu benda yang harus diterapkan kepada mereka diluar sana terutama kepada anak-anak bagi membantu mereka untuk menggembangkan lagi sel-sel otak mereka.

Keperluan untuk mencampurkan animasi dalam pembangunan sesebuah program atau perisian dalam multimedia bukan sahaja timbul daripada keinginan untuk membuat lagi mantap dan tepat dalam aplikasi tersebut, tetapi juga untuk menyediakan visual yang lebih dinamik dan mudah difahami kepada penonton terutama kanak-kanak yang baru mula untuk belajar. Dalam aspek multimedia, animasi merupakan salah satu elemen yang mampu meningkatkan dan dapat menarik lagi daya tarikan sesebuah program atau perisian multimedia. Walau bagaimanapun, keputusan untuk menggunakan animasi adalah berdasarkan kepada nilai estetik yang ada padanya dan juga kepentingan animasi yang kian meningkat pada masa kini.

Terdapat perbezaan di antara penggunaan klip video digital dan animasi. Klip video (capture) adalah aksi pergerakan sebenar. Manakala animasi yang dihasilkan adalah sekadar simulasi terhadap pengalaman dunia sebenar dan dipindahkan ke dunia digital. Fail video digital hanya digunakan sekiranya ia ternyata memberi kelebihan kepada keseluruhan persembahan tersebut. Kini, animasi berkomputer berkembang dengan pesat dari masa ke semasa. Dengan harga komputer dan perisian yang semakin rendah serta keupayaan system computer yang semakin tinggi telah menjanjikan perkembangan teknologi dalam  pembuatan animasi terus maju. Animasi menjadikan seseorang itu untuk lebih kreatif memandangkan perinciannya juga mesra pengguna, dan ruang cakera keras ataupun dipanggil “hard disk” boleh ditambah untuk menampung sebarang kekurangan dan mengelakkan daripada berlakunya apa-apa insiden lain. Ini menjadikan penghasilan animasi lebih mudah dan hanya dibatasi oleh tahap kekreatifan seseorang.

Sekiranya di Barat, teknologi dalam animasi berkomputer telah mula berkembang dengan lebih maju dan pesat dengan penghasilan filem-filem animasi seperti How to Train Your Dragon, Antz, dan Toy’s Story. Di Malaysia pula, teknologi dalam pembuatan animasi berkomputer mula menarik perhatian dengan kemunculan beberapa kartun animasi tempatan, seperti Upin Ipin, Keluang Man, Anak-anak Sidek, Silat Lagenda, dan sebagainya. Walaupun kartun animasi tempatan ini terdapat banyak kekurangan, tetapi sedikit sebanyak usaha ini telah berjaya membawa sesuatu pembaharuan dalam industri perfileman Negara.

CIRI-CIRI ANIMASI.

  Paparan susunan imej-imej seni 2D atau posisi model agar menghasilkan ilusi 

   gerakan.

–  Kaedah persembahan animasi yang  paling laris ialah program wayang gambar

   atau video.

–  Animasi merujuk kepada paparan visual yang bersifat dinamik.

–  Ia juga suatu proses menjadikan objek kelihatan hidup atau gambaran bergerak tetapi 

   pada asalnya statik.

–  Animasi mampu menzahirkan sesuatu fantasi manusia ke alam realiti.

–  Dengan menggunakan animasi kita boleh menerangkan sesuatu yang sukar

   menggunakan perkataan disampaikan dengan lebih mudah dan berkesan.

–  Dengan menggunakan animasi juga dapat menceriakan proses penyampaian.

–  Sesuatu yang disampaikan kelihatan lebih hidup atau realistik berbanding 

   menggunakan teks.

–  Animasi mampu memberi penegasan bagi membolehkan penonton fokus pada isi 

   kandungan yang ingin disampaikan.

–  Web sangat sesuai dalam penggunaan animasi.

–  Penggunaan animasi boleh juga dalam bentuk video.

–  Animasi membantu meningkatkan kualiti P&P.

–  Animasi digital mampu menyampaikan mesej dengan lebih pantas.

ANTARA KEPENTINGAN SERTA KELEBIHAN ANIMASI.

–    Mampu menyampaikan sesuatu konsep yang kompleks secara visual dan juga 

  dinamik.

–   Proses membuat hubungan atau perkaitan mengenai sesuatu yang kompleks akan 

     lebih mudah untuk dipetakan ke dalam minda pelajar.  

–   Boleh membantu dalam proses pemahaman.

 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda berminat untuk belajar lebih mendalam tentang animasi ini, pihak kami iaitu SABAH CREATIVE ECONOMY & INNOVATION CENTRE (SCENIC) juga menawarkan kursus bagi mereka yang ingin tahu lebih mendalam dan belajar lagi tentang pembuatan animasi.

    Comments are closed

    Lot 12, Ready Built Factory 5 (RBF5), Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP), 88450 Kota Kinabalu Sabah, Malaysia

    CONTACT US

    Tel: +60 8849 8688
    Email: marketing@scenic.my
    Copyright 2024 - SCENIC | Web Designed by Khaiz Empire
    Privacy Policy
    Skip to content