Produksi muzik pada era sekarang adalah lebih mudah dan cepat kerana perubahan teknologi yang pesat dan kemudahan-kemudahan yang canggih. Namun, proses penghasilan sebuah album boleh mencecah sehingga 3-5 bulan bergantung pada genre lagu tersebut. Keperluan penuh untuk sebuah studio ialah komputer atau komputer riba, audio interface atau mixing console, wayar mencukupi, alat muzik, teori muzik, perisian untuk penghasilan muzik dan akhir sekali mikrofon kondenser yang berkualiti.
Dalam proses awal untuk penghasilan sebuah lagu, artis seharusnya mempunyai lirik atau lakaran lirik sama ada oleh dirinya sendiri atau dibantu oleh rakan-rakannya. Penghasilan lirik juga perlulah sistematik agar lagu yang dihasilkan dapat memberikan emosi yang sesuai di telinga pendengar. Setelah lirik, melodi lagu dihasilkan mengikut citarasa artis tersebut ataupun mengikut kesesuaian lirik tersebut. Setelah lirik dan melodi dicipta, tiba masanya untuk artis menghasilkan sebuah demo berbentuk instrumental ataupun dengan suara supaya panduan muzik dan susunannya ada.
Sebelum proses rakaman dimulakan, artis memerlukan latihan suara yang cukup supaya rakaman dapat dijalankan dengan lancar dan cepat. Kerja-kerja seperti pembaikan suara boleh dilakukan dalam komputer semasa proses menyunting audio. Bagi rakaman instrumen pula, kadang-kadang musisi disuruh untuk membawa alat muzik sendiri kerana alat muzik di dalam studio selalunya disertakan dalam kos bayaran penggunaan studio.
Sumber: https://www.ipr.edu/blogs/audio-production/recording-studio-etiquette-an-audio-producers-guide/
Trak-trek audio yang dirakam tidak kiralah suara atau suara latar, dram, gitar, bass atau piano, semuanya harus dirakam dengan kualiti audio yang tinggi supaya dapat memudahkan proses mixing dan mastering audio tersebut. Wayar-wayar dan peralatan yang digunakan semasa rakaman dapat mempengaruhi kualiti audio yang dihasilkan.
Semasa proses mixing, producer perlu memastikan bahawa kualiti rakaman audio tinggi dan bunyi bising dari latar belakang dikurangkan. Hal ini kerana selepas mixing, bunyi bising tersebut boleh menjadi kuat dan dapat merosakkan lagu kita. Oleh itu disarankan supaya producer menggunakan alat-alat perakam yang berkualiti tinggi.
Sumber: https://www.avidblogs.com/sound-designing-and-mixing-immersive-audio-for-megan/
Proses mixing bermaksud menyunting audio dari setiap trek agar dapat menghidupkan kualiti trek audio tersebut. Sekiranya proses mixing siap dengan hasil yang bagus, mixed track akan di render dan audionya akan diperlahankan sehingga -3db sebelum proses mastering supaya producers akan dapat lebih menguatkan audio tersebut tanpa pecah.
Proses mastering proses terakhir dalam penghasilan lagu. Pilihan dalam mastering terbahagi kepada dua iaitu sama ada kita menggunakan platform atas talian untuk melakukan proses mastering dimana kita meminta pertolongan daripada studio lain untuk master audio yang masih pre-mixed. Kita akan membayar studio yang menolong kita dengan harga yang telah ditawarkan mereka.
Dalam mastering, compression dan eq akan diaplikasikan untuk mendapat bunyi dan dinamik yang seimbang. Ini bertujuan untuk memberikan audio tersebut ton bunyi yang sesuai dan mengelakkan bunyi pecah.
Sumber: https://www.musicianonamission.com/how-to-master-a-song/
Pilihan kedua pula ialah dengan melakukan proses mastering secara sendiri. Semasa proses mastering, audio kita akan jadi lebih kuat dan lebih hidup. Tujuan utama mastering ialah untuk membuang mana-mana frekuensi audio yang boleh menyakitkan telinga pendengar sakit dan meningkatkan frekuensi yang diperlukan untuk menghidupkan muzik tersebut.
Pengedaran lagu terbahagi kepada dua iaitu pengedaran muzik secara tradisional dan secara moden dan digital. Untuk pengedaran secara tradisional, pengedar biasanya menjual lagu-lagu melalui penggunaan CD. Untuk pengedaran secara moden dan digital, artis biasanya akan menghantar muziknya ke platform pengedaran muzik secara atas talian. Muzik-muzik yang diedarkan akan secara automatik nya dimuat naik ke platform-platform seperti Spotify, Google Muzik, Apple Store, Itunes dan Deezer. Ini dapat membantu artis untuk mengembangkan muziknya ke peringkat antarabangsa.
Industri muzik di Malaysia seharusnya ditingkatkan dan kemahiran-kemahirannya diperlukan agar kualiti muzik kita setanding dengan peringkat antarabangsa. Di Sabah dan sokongan daripada SCENIC, industri muzik boleh berkembang dengan pesat dan menaikkan kualiti setaraf dunia sekiranya pengkhususan untuk produksi audio dianjurkan. Proses penghasilan lagu adalah tahap dimana kemahiran kita diasah dan dikembangkan kerana kita boleh belajar sesuatu yang baru.
BACA JUGA: Produksi Audio Dan Muzik