Produksi audio dan muzik semakin maju dengan adanya teknologi terkini. Syarikat –syarikat rakaman di Sabah semakin giat berkembang. Antara penyanyi dan pemuzik awal yang tidak asing lagi di Sabah iaitu penyanyi John Gaisah telah menghidupkan muzik sumazau dan rentak-rentak lain yang sewaktu dengannya.
Datuk John Gaisah
Gaya-gaya muzik Sabah unik kerana dalam satu lagu, rentak sumazau dan rentak lain yang ada di Sabah boleh dicampurkan. Walaubagaimanapun, produksi audio dan muzik memerlukan banyak penambahbaikan. Kualiti rakaman, adunan bunyi dan penguasaan bunyi merupakan faktor yang sangat dititikberatkan dalam industri muzik.
Sumber: https://www.onlinefm.net.my/10-studio-rakaman-terbaik-di-sabah/
Pengkhususan pembelajaran audio di Sabah sangat kurang. Hanya syarikat audio professional sahaja yang melakukan bengkel-bengkel pembelajaran audio seperti RTM. Pembelajaran audio yang dimaksudkan adalah dari segi panning, perluasan imej stereo, pemampat bunyi dan equalizer yang seimbang. Elemen-elemen ini adalah kepentingan produksi bagi mendapatkan bunyi audio yang berkualiti tinggi.
Ada yang berkata bahawa penggunaan peralatan analog dalam studio lebih berkualiti daripada digital dan sebaliknya mengatakan bahawa peralatan digital lebih canggih dan berkualiti tetapi hakikatnya, itu bergantung kepada kepakaran si juruaudio. Di Sabah, juruaudio dalam studio lebih kerap menggunakan peralatan digital.
Kkualiti suara artis juga dapat mempengaruhi algoritma untuk menghasilkan internet traffic. Kaedah penjualan lagu, pempromosian dan pengiklanan lagu juga penting bagi membolehkan pasaran muzik-muzik Sabah tembus ke luar negeri dan negara.
Sekarang, penjualan album secara fizikal kurang memberi impak berbanding dengan penjualan secara digital iaitu penjualan secara langsung ke Spotify, Youtube, Deezer, Apple Store dan Google Play. Penjualan digital adalah lebih senang bagi penerbit, pendengar dan label rakaman. Penjualan digital bermaksud lagu itu akan terdaftar di platform tersebut secara rasmi.
Isu hak cipta dalam audio dan muzik juga tidak menjadi masalah kerana jika lagu itu terdaftar secara online di internet, secara automatiknya, Content ID (Identification) akan dicipta khas untuk lagu tersebut. Sekiranya orang lain mengambil lagu kita atau menggunakan lagu kita tanpa kebenaran, Content ID akan mengesan lagu itu secara automatik dan kita boleh menuntut hak cipta secara digital.
Secara kesimpulannya, industri muzik di Sabah masih perlukan perhatian pihak bertanggungjawab terutama kementerian dan agensi kerajaan di Sabah. SCENIC berperanan dalam memperkembangkan lagi bakat-bakat karyawan di Sabah dan berharap agar audio dan muzik menjadi salah satu industri termaju di negeri tersebut.
BACA JUGA: KREATIF DAN INOVATIF