Penghasilan video muzik adalah satu kepentingan bagi mempromosikan lagu-lagu artis. Ini disebabkan oleh visual yang menarik minat ramai untuk menonton sambil mendengar lagu artis tersebut. Kombinasi muzik dan video ini tidak lagi asing. Di Sabah, muzik video telah dimulakan sejak dahulu lagi tetapi pada awalnya, video muzik di Sabah hanya berkonsepkan lirik. Lagu-lagu lama sering dibawakan di majlis perkahwinan dan dinyanyikan secara karaoke atau persembahan di Sabah.
Penghasilan video muzik mula berkembang sejak kamera memfokuskan kepada penyanyi utama dan bukannya benda lain. Namun, lirik lagu masih lagi diletakkan di bawah sepanjang muzik video tersebut.
Logo Rasmi Luncai Emas
Pada 24 Julai 2017 di Kota Kinabalu, Luncai Emas dengan kerjasama FINAS , Jabatan Kesenian & Kebudayaan Negeri Sabah (JKKN) dan Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) telah menganjurkan Bengkel Hakcipta, Bikin Lagu & Muzik Video kepada hampir 300 peserta yang terdiri daripada kalangan warga industri kreatif negara di Kompleks JKKN, Penampang.
Para peserta yang menyertai bengkel ini didedahkan dengan potensi kerjaya sebagai pemuzik, komposer dan penulis lirik. Selain itu peserta turut diberi penerangan berkaitan kepentingan mendaftar dan menguruskan harta intelek (IP), hakcipta dan tuntutan royalti. Turut disentuh adalah aspek penerbitan muzik video untuk lagu serta kesinambungannya dalam mesej sesebuah filem atau TV.
Program seperti ini dapat meningkatkan lagi kreativiti para karyawan di Sabah dan dapat meningkatkan kualiti video musik di Sabah. Youtube ialah antara platfom yang boleh membantu para karyawan di Sabah untuk mengonsikan hasil tangan mereka kerana penghantaran video muzik ke televisyen bukanlah satu perkara yang senang. Penghantaran tersebut memerlukan tapisan dan kritikan dari segi kualiti. Contoh-contoh video muzik yang dapat menarik minat penonton adalah video muzik yang berkonsepkan estetik atau beremosi.
Di Sabah, sebenarnya banyak karyawan-karyawan berbakat namun dipandang rendah dan tidak di hiraukan oleh pihak atasan. Dalam erti kata lain, mereka hanya mengutamakan karyawan yang sudah berpengalaman dan lebih dikenali. Ini menyebabkan karyawan lain dipinggirkan. Antara produksi yang mampu menghasilkan video muzik berkualiti ialah Jevf Shen. Video muzik Hosiani Keewon (Magandad Dika) .
Sumber: http://www.buletinsabah.com/2020/02/azis-dedikasi-lagu-cinta-luar-biasa.html
Untuk menghasilkan video muzik yang menarik dan berkualti, pengarah video seharusnya dapat memikirkan perjalanan video secara unik. Antara caranya ialah dengan menetapkan tema atau konsep video muzik tersebut. Penggunaan tempat, peralatan penggambaran dan cara pakaian artis juga dapat mempengaruhi kualiti video muzik.
Intinya, penghasilan video muzik di Sabah sudah tidak asing lagi. Malahan, kita mampu untuk menghasilkannya sendiri. Kita hanyalah perlu berfikiran lebih kritis dan kreatif untuk menghasilkan plot-plot menarik dan mempunyai nilai-nilai komersial. Tidak mustahil dengan adanya bimbingan kreatif dari SCEIC dan yang sewaktu dengannya, produksi video muzik di Sabah dapat lebih maju dan mengikut standard kualiti video muzik antarabangsa
BACA JUGA: Produksi Audio Dan Muzik