MURAL DAN GRAFITI

Apakah maksud mural dan grafiti?, Mural dibuat secara langsung di permukaan dinding dan permukaan luas yang lain. Mural adalah antara seni kreatif yang paling awal pernah di hasilkan. Seni ini dilukis oleh orang-orang prasejarah menggunakan cat air yang dibuat dari limun sebagai medium. Kegunaan mural adalah untuk melambang atau menjadi simbol kepada suatu benda untuk tujuan peringatan atau hiasan. Grafiti pula lebih kepada tulisan pada dinding ataupun di gabungkan dengan mural untuk mencipta satu reka bentuk yang lengkap. Seni seperti ini boleh digunakan sebagai satu kaedah penjenamaan khas untuk tempat-tempat tertentu.

Mural dan grafiti

Pillars Of Sabah

Corak dalam seni itu bukanlah sekadar contengan kosong tetapi juga mempunyai maksud dan nilai yang mendalam. Namun sesetengah pihak tidak menyukai aktiviti inii kerana takut tempat tersebut menjadi kotor. Hakikatnya, corak seni tersebut dapat mengubah suasana tersebut. Projek “Pillars Of Sabah” pernah dilakukan di Kota Kinabalu.Projek “Pillars Of Sabah” ialah idea daripada artis tempatan Sabah iaitu Red Hong Yi bersama rakan pereka, Melissa Lo dan juga pembikin filem, Jared Abdul Rahman.

Tujuan utama projek tersebut adalah untuk memberikan kesedaran kepada rakyat tempatan tentang spesis terancam di Sabah. “Pillars Of Sabah” mula dipamerkan kepada umum pada tahun 2018 dengan lukisan individu yang signifikan dengan negeri Sabah sebelum dicat semula untuk edisi 2.0. Ruang seni yang santai ini pada asalnya merupakan tapak bangunan Jabatan Kebajikan yang terbakar pada tahun 1992. 

CARA PENGHASILAN SENI MURAL DAN GRAFITI

Penghasilan mural dan grafiti dimulakan dengan memilih corak reka bentuk yang hendak di buat mengikut kreativiti sendiri. Warna yang digunakan juga dapat mempengaruhi kecantikan corak. Cat semburan merupakan cat warna yang digunakan untuk membuat mural dan grafiti. Sebaiknya kita haruslah meminta kebenaran pemilik tempat dan elakkan daripada menggunakan kata-kata kesat pada mural dan grafiti nanti. Corak mural ialah bebas sama ada sebagai satu contengan karakter manusia, haiwan dan makanan ataupun mural tersebut berkonsepkan ayat-ayat motivasi.

Mural dan Grafiti

Sumber: https://www.pinterest.com/pin/423971752417610457/

Ini seni kreatif paling menarik namun tahap cabarannya tinggi sedikir berbanding dengan seni kreatif yang lain. Penghasilan seni seperti ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Sebolehnya kita menghasilkan mural dan grafiti yang mempunyai maksud tersirat dan mempunyai nilai yang mendalam agar contengan pada diding bukan sahaja contengan kosong namun memberikan manfaat kepada diri sendiri dan orang lain. Seperti di Sabah, projek “Pillars Of Sabah” membuka mata para netizen bahawa spesis terancam di Sabah memerlukan bantuan ktia.

BACA JUGA: Seni Digital Dan Reka Beka Bentuk Grafik

    Comments are closed

    Lot 12, Ready Built Factory 5 (RBF5), Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP), 88450 Kota Kinabalu Sabah, Malaysia

    CONTACT US

    Tel: +60 8849 8688
    Email: marketing@scenic.my
    Copyright 2024 - SCENIC | Web Designed by Khaiz Empire
    Privacy Policy
    Skip to content