Muzik merupakan salah satu daya tarikan bagi kita yang mampu mengubah suasana keadaan. Muzik merupakan antara alat komunikasi secara tidak langsung dan itu adalah merupakan antara kepentingan muzik. Dimana-mana sahaja kita pergi, muzik merupakan salah satu hal yang tidak dapat kita elak. Tidak kiralah untuk majlis-majlis atau upacara-upacara tertentu, kepentingan muzik diutamakan dalam apa-apa sahaja yang kita lakukan.
Kadang-kadang, kita berhadapan dengan masalah peribadi dan kita sering melepaskan geram kita terhadap masalah yang kita hadapi seperti menghampas barang-barang dan memecahkan barang-barang di dalam bilik kita. Kita juga mengambil minuman-minuman alkohol ataupun merokok untuk melepaskan tekanan kita. Tahukah anda bahawa muzik mampu memulihkan tekanan kita dengan hanya menggunakan elemen-elemen yang dapat menyegarkan kembali minda kita.
Sumber: https://chopra.com/articles/how-music-relieves-stress-and-helps-you-relax
Elemen-elemen yang dimaksudkan adalah seperti bunyi-bunyian yang menenangkan. Contohnya, ada muzik instrumental yang menggunakan bunyi-bunyian seperti hujan, bunyi alam seperti burung, dan bunyi sungai. Bunyi ini menjadi simulasi kepada minda kita supaya kita dapat merasakan kehidupan alam sekeliling walaupun kita berada dimana sahaja. Muzik-muzik seperti Lo-Fi dapat memberikan kita ketenangan dan kadang-kadang dapat membantu kita untuk mendapatkan tidur dan rehat yang cukup.
Muzik dan nyanyian merupakan salah satu pendekatan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) prasekolah. Kepentingan muzik dan nyanyian dilihat mampu mempertingkatkan pelbagai aspek perkembangan dan kemahiran kanak-kanak.
Melalui muzik dan nyanyian juga, tingkahlaku yang positif di kalangan kanak-kanak dapat dipupuk. Bukan sahaja pendekatan ini sesuai digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, muzik dan nyanyian juga boleh digunapakai dalam pelbagai aspek pengurusan kelas prasekolah. Kertas konsep ini membincangkan kepentingan muzik dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) prasekolah dan penggunaan muzik dan nyanyian dalam bilik darjah oleh guru.
Majlis-majlis penting atau upacara penting merupakan salah satu perkara yang akan kita hadapi pada bila-bila masa atau pada masa tertentu. Muzik dapat membantu dalam menghidupkan lagi suasana ketika majlis tersebut. Sebagai contoh, ketika majlis perkahwinanm muzik digunakan untuk mengiringi pengantin masuk di dalam dewan majlis atau tempat majlis dilangsung.
Sumber: https://www.beritaharian.sg/setempat/syafiqah-teruskan-perjuangan-dalam-muzik-dengan-rentak-sendiri
Hal ini kerana muzik dapat lebih menjadikan suasana tersebut hidup dan boleh menjadi kenangan. Untuk upacara adat pula, muzik digunakan untuk mengiringi suatu upacara mengikut aturcara. Muzik-muzik seperti permainan alat muzik tradisional selalu digunakan dalam upacara adat untuk menghormati adat mengikut kaum dan bangsa masing-masing.
Intinya, muzik bukan sahaja sekadar hiburan semata-mata tetapi muzik dapat memberikan impak yang besar kepada emosi, kelakuan kita dan juga kesejahteraan hidup kita. Dengan adanya muzik, kita dapat menyelesaikan masalah secara tidak langsung seperti masalah tekanan dan juga emosi kita.
BACA JUGA: Produksi Audio Dan Muzik