You are currently viewing Karier Sebagai Pelakon

Karier Sebagai Pelakon

  • Post author:
  • Post category:Info

Kita tahu bahawa industri perfileman semakin berkembang terutama sekali di Sabah. Filem-filem aksi seperti Tangisan Akinabalu mengambil tempat di kawasan Taman Negara dan juga puncak Gunung Kinabalu. Yang lebih memuaskan lagi, pengarah filem tersebut bercadang mengambil pelakon-pelakon daripada Sabah kerana mereka ingin mengasah bakat artis-artis di Sabah. Karier sebagai seorang pelakon di Sabah bukan sesuatu yang mudah kerana masih kurang berpengalaman dalam industri tersebut. Namun, filem Tangisan Akinabalu telah membuktikan bahawa orang Sabah juga mempunyai keupayaan hebat dalam berlakon. 

Karya sebagai pelakon

Sumber: http://www.filminmalaysia.com/ms/local-industries/film-associations-ms/page/2/

Industri perfileman mula menyerap kemasukan pelakon-pelakon baru dan salah satunya ialah daripada Sabah. Ada juga pelakon dari Sabah tetapi menetap di Semenanjung dan memilih untuk meneruskan karier mereka di sana. Sebagai contohnya ialah Bella Astillah dan Didi Astillah. Mereka pernah menjadi penyanyi semasa usia kecil dan pernah merakam beberapa buah album. Mereka juga dikenali sebagai Adik-adik Mutiara. Semakin meningkat usia, mereka menceburi bidang lakonan dan menetap di Semenanjung. 

Karier Sebagai Pelakon Di Sabah

Karier sebagai pelakon terutama sekali di Sabah tidak lagi menjadi masalah malah dapat mengasah bakat orang-orang Sabah untuk pergi lebih jauh. Namun, pengambilan pelakon khusus untuk orang-orang Sabah masih kurang dan penggunaan slang Sabah dalam mana-mana rancangan televisyen sangat kurang. Mungkin industri lebih mengutamakan slang yang difahami ramai. Penggunaan bahasa-bahasa baku sudah tidak digunakan lagi dalam industri perfileman.

FINAS Di Sabah

FINAS telah memutuskan untuk menubuhkan studio perfileman di Borneo. Ini merupakan green light untuk penduduk-penduduk di Sabah dan Sarawak. Peluang untuk meneruskan kerjaya sebagai seorang pelakon adalah sangat-sangat luas dan penggunaan slang bahasa adalah bebas. FINAS menyusun strategi menggalakkan lebih banyak syarikat produksi dan penerbit kandungan di kedua-dua negeri itu menghasilkan produk kreatif. Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Ahmad Idham Ahmad Nadzri, berkata sejak dua tahun lalu, FINAS rancak membangunkan industri kreatif di Sabah dan Sarawak, termasuk pembukaan studio milik perbadanan itu di Kuching.

Karya sebagai pelakon

Sumber: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2016/03/10/finas-to-set-up-creative-centre-in-sabah/1077295

Mengisi agenda sama, FINAS merancang membangunkan studio sama di Sabah, demi kepentingan syarikat produksi dan kandungan tempatan.Sejak dua tahun lalu, FINAS aktif membina industri kreatif di Sabah dan Sarawak. Ramai tahu kita sudah ada cawangan FINAS di Sarawak di mana antara lain menyediakan kemudahan studio dan produksi.

Pejabat FINAS Wilayah Sarawak terletak di Petra Jaya. Pejabat ini mempunyai Bahagian Produksi Sarawak yang menyediakan kemudahan termasuk studio kepada pemain industri kreatif. Manakala, pejabat FINAS Wilayah Sabah terletak di Jalan Karamunsing, Kota Kinabalu.

Selepas pandemik ini, atau semasa fasa seterusnya nanti, kemungkinan kelonggaran untuk penggambaran semakin besar. Inilah masanya untuk anak muda Sabah  mengasah bakat  mereka  sendiri. Bayangkan sahaja jika Negeri Sabah mempunyai telemovie, drama atau rancangan televisyen sendiri. Sememangnya menjadi kebanggaan rakyat di Sabah. Pelakon-pelakon tempatan juga diberi keutamaan dan sekali gus mempromosikan pelakon tempatan ke peringkat negara mahupun dunia. Karya sebagai pelakon di Sabah boleh meningkatkan lagi kreativiti anak muda Sabah.

BACA JUGA: KEPENTINGAN PEMBUATAN ANIMASI DALAM KEMAJUAN TEKNOLOGI KINI