Laman Web Ketua Menteri Sabah
Sabah sedia jadi hab kemajuan teknologi
KOTA KINABALU: Sabah bersedia menjadi hab kemajuan teknologi, dengan inovasi digalakkan dan dipupuk secara aktif, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
Katanya, dalam dunia yang berkembang pesat hari ini, integrasi teknologi dan inovasi amat penting dalam pembangunan ekonomi.
Beliau berkata, kerajaan berhasrat untuk mencipta ekosistem yang menyokong pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), menggalakkan transformasi digital, dan memupuk budaya inovasi di negeri Sabah.
“Komitmen kerajaan negeri terhadap pertumbuhan ekonomi tidak berbelah bahagi dan turut melaksanakan dasar pintu terbuka kepada pelabur, selain meneroka sumber sumber ekonomi baharu termasuk Ekonomi Biru yang bakal membawa dimensi baharu ekonomi Sabah, berpaksi hala tuju pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ)”.
More Info
6 Ogos 2024