You are currently viewing Web app bagi sukarelawan dan pengendali foodbank

Web app bagi sukarelawan dan pengendali foodbank

  • Post author:
  • Post category:Info

Bantu adalah sebuah web app yang memudahkan sukarelawan dan pengendali foodbank untuk memberi bantuan kepada pemohon-pemohon di kawasan mereka dengan lebih sistematik dan teratur.

Proses Bantu amat mudah, pemohon hanya perlu pergi ke laman web www.bantuaid.com dan isi maklumat mereka. Mereka mempunyai dua pilihan, sama ada mengambil sendiri atau melalui penghantaran.

Sukarelawan dan foodbank admin pula akan menerima data terperinci pemohon melalui backend dan boleh terus memberikan bantuan serta user rating kepada penerima bantuan. Ini adalah untuk mengelakkan daripada pihak yang mengambil kesempatan dan supaya kita dapat sasar pemohon yang betul-betul memerlukan bantuan.

Sistem ini adalah percuma. Tiada bayaran dikenakan.

 

Kepada siapa-siapa yang berminat boleh isi maklumat anda:

Bantuhero Riders:

https://www.bantuaid.com/hero/register

Foodbank Operators:

https://www.bantuaid.com/foodbank/register

 

Sebarang soalan, sila hubungi Anas Amdan di 0122435633.