Sejak dari sekolah rendah dan sekolah menengah lagi, kita sudah mempelajari seni lukisan visual dan ianya dikenali sebagai pendidikan seni dan visual. Pendidikan tersebut lebih kepada seni lukisan dengan hasil tangan sendiri tanpa menggunakan komputer. Ton-ton warna juga dibuat sendiri mengguna pensel warna yang disediakan. Seni lukisan tangan mungkin lebih memerlukan masa yang panjang berbanding dengan seni digital. Namun hasil tangan sendiri lebih memuaskan. Lukisan tangan secara professional lebih terperinci dan kelihatan seperti lukisan digital.
Art In The City
Di Sekitar Kuala Lumpur
Sumber: http://www.mahamahu.com/2018/11/pelancaran-art-in-city-iaitu-pameran.html
Lukisan tangan merupakan antara seni kreatif yang sudah lama. Pada zaman dahulu, potret manusia dihasilkan melalui lukisan tangan kerana pada zaman dahulu kamera digital belum lagi dihasilkan. Seni lukisan visual di Malaysia tidak asing lagi kerana ramai pelukis di negara kita. Antara pelukis yang paling dikenali Malaysia ialah Ibrahim Hussein(1936-2009). Beliau menggelar diri sebagai “printage” melalui kombinasi percetakan dan kolaj.
Ibrahim Hussein(1936-2009)
Karya-karyanya selalunya mempunyai unsur separa kiasan atau kiasan yang berada dalam ruang yang rata atau samar-samar, mengakibatkan permukaan kompleks berpusing dengan membuat tanda isyarat dan imejan yang sesuai. Pada tahun 1991, Hussein mengasaskan Muzium dan Yayasan Kebudayaan Ibrahim Hussein di hutan hujan Langkawi, yang berfungsi sebagai muzium bukan keuntungan dan khusus untuk membangunkan budaya dan seni di Malaysia.
Penjualan lukisan tangan pada masa sekarang masih efektif kerana ianya sangat berbeza daripada lukisan digital. Antara permintaan paling banyak ialah lukisan estetik yang mempunyai mesej tersirat di dalamnya. Artis yang melukis sengaja membuat pembeli tertanya-tanya apakah maksud sebenar lukisan tersebut.
Razali Rohani yang melukis menggunakan kakinya
Kreativiti artis tersebut mempengaruhi minat pembeli. Walaupun lukisan secara potret sudah dimulakan dari dahulu lagi, namun pada masa sekarang, lukisan potret masih dilakukan dan dijadikan sebagai perniagaan sampingan. Lukisan potret lebih kepada lukisan wajah seseorang tanpa warna.
Anak jati Sabah, Clinton Tham Vun,28, mengharumkan nama negara dalam bidang seni lukis dengan penyertaannya dalam pameran lukisan bertaraf dunia.
Clinton Tham Vun
Graduan ijazah arkitek di Eropah yang berasal dari Kota Belud ini berjaya dipilih menyertai pameran lukisan bertaraf dunia dan memenangi beberapa pertandingan melukis menggunakan warna air peringkat antarabangsa. Menerusi karya lukisan berjudul “Swan of Prague”, beliau muncul buat pertama kali dalam The 20th International Watercolor Exhibition di Jepun anjuran Japan International Watercolor Institute pada 2020.