PENGENALAN TENTANG SISTEM HIDROPONIK SERTA KEBAIKAN DALAM PENANAMAN

Tahukah anda? Hidroponik (berasal daripada perkataan Yunani hydro iaitu air dan ponos iaitu bekerja) adalah kaedah bercucuk tanam dengan meletakkan akar pohon ke dalam air baja (nutrien) tanpa menggunakan tanah. Kaedah ini menggunakan bahan seperti bulu mineral, sabut kelapa, pasir, batu bata pecah, habuk kayu dan lain-lain menggantikan tanah. Penanaman secara hidroponik dilakukan oleh individu sebagai hobi dan juga secara besar-besaran untuk tujuan komersil. Di negara Singapura misalnya, oleh kerana kekurangan tanah, bumbung-bumbung bangunan dijadikan tempat untuk menanam sayur-sayuran seperti bak choy, sawi, kailan dan bayam di mana semuanya menggunakan kaedah hidroponik. Begitu juga, untuk penerokaan angkasa lepas, angkasawan boleh bercucuk tanam sayur-sayuran di dalam kapal angkasa. Kaedah yang sama digunakan oleh tentera di atas kapal perang, maupun kapal selam. Dengan cara ini mereka tidak perlu membawa bekalan makanan yang banyak, hanya sekadar membawa benih-benih sayur-sayuran dan boleh ditanam semasa dalam perjalanan.

 

Tapi tahukah anda kebaikan sistem Hidroponik ini dalam tanaman kebun?

Tidak kotor

Dengan kaedah hidroponik yang tidak menggunakan tanah ini, anda tidak perlu risau tentang debu atau pasir yang kotor. Malah ke semua sayur pun boleh dimakan tanpa rasa ragu-ragu termasuk akar sayur kerana ia tidak menyentuh pasir dan tanah langsung.

 

Tak perlu siram air 

Dengan teknik ini, anda tak perlu lagi siram pokok tanaman kerana ia sudah mempunyai air didalamnya. Mudah kan! Jimat masa dan tenaga, kalau tanam menggunakan tanah korang kena siram pagi dan petang kan. Sangat memudahkan urusan harian  lebih-lebih lagi untuk anda yang mempunyai masa yang terhad disebabkan kesibukan kerja.

Lebih nutrisi 

Menariknya teknik hidroponik ini, air dan baja dapat menyerap dengan lebih sempurna oleh sayur. Ini kerana baja yang diletakkan tidak mengalami larut resap dimana dapat mengelakkan pembaziran baja, sayur yang ditanam juga tidak perlu bersaing dengan pokok liar lain. Maka, sayur yang ditanam itu  mendapat nutrisi sepenuhnya.

 

Tak perlu ramai tenaga kerja

Kerana penjagaan sayur menggunakan kaedah hidroponik ini mudah, ia tidak perlu menggunakan tenaga kerja yang banyak. Seorang diri juga boleh mengendalikan tanaman dalam kuantiti yang banyak disebabkan proses penjagaan yang mudah. Malah, jika menggunakan kaedah ini, ia hanya memerlukan ruang yang sedikit sahaja. Sedikit sebanyak dapat menjimatkan tenaga seseorang.

 

Mesra alam sekitar 

Selain itu, kaedah ini juga mesra alam sekitar dimana ia tidak menggunakan racun serangga yang berbahaya. Malah ia juga tidak menyumbang kepada pencemaran bau seperti bau najis dan sebagainya.

 

Pada 14 Disember 2021, sebuah projek telah dijalankan iaitu Education for Community Project (EduCom Project) sedang berlangsung di Tarbiyatun Nisa. Projek ini bertujuan untuk memberi pengenalan lebih tentang sistem hidroponik pada tanaman. Projek sedang berjalan dan kali ini bengkel proses penanaman, sistem hidroponik menggunakan sistem solar dan penjagaan diberikan kepada para peserta program.  Akan datang, pelajar akan didedahkan dengan bengkel keusahawanan bagi memahami konsep dan kepentingan serta lawatan ke Kundasang bagi pelajar memahami kebun hidroponik secara lebih dekat bersama Kundasang Aquafarm. Projek ini juga merupakan kerjasama bersama MYCorps, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia Rakan Muda Jabatan Belia Dan Sukan Persekutuan Negeri Sabah Kelab Belia Tinagayan – KEBAT serta SCENIC sekali.

 

Pihak Sabah Creativity Economy and Innovation Centre (SCENIC) akan sentiasa  memberi sokongan penuh dalam memastikan teknologi dan inovasi di Sabah berkembang dengan lebih pesat dan mendadak. 

    Comments are closed

    Lot 12, Ready Built Factory 5 (RBF5), Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP), 88450 Kota Kinabalu Sabah, Malaysia

    CONTACT US

    Tel: +60 8849 8688
    Email: marketing@scenic.my
    Copyright 2024 - SCENIC | Web Designed by Khaiz Empire
    Privacy Policy
    Skip to content