Situasi sepanjang dua hari program Mini Boss Market dengan kerjasama Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) dan Pusat Inovasi dan Ekonomi Kreatif Sabah (SCENIC) berlangsung pada 24 dan 25 September yang lalu, bertempat di The Riverson Walk, Kota Kinabalu, Sabah.
Antara aktiviti yang telah berlangsung sepanjang program Mini Boss Market adalah, sesi bercerita bersama peserta, sesi perkongsian usahawan muda, mengecat khemah, aktiviti DIY
(Do it Yourself) dan sesi jual beli.
Program ini mendapat sambutan yang baik dengan kunjungan orang ramai di setiap vendor yang menjual pelbagai barangan terpakai oleh kanak-kanak berumur dari 5 hingga 12 tahun.
SCENIC dengan sukacitanya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program Mini Boss Market pada minggu lepas.
[ngg src=”galleries” ids=”32″ display=”basic_tagcloud”]