Dalam era moden ini, perkembangan kemajuan teknologi adalah merupakan satu proses yang amat penting dalam merealisasikan satu negara yang lebih maju ke hadapan. Oleh itu, dalam usaha untuk menjadikan negara sebuah negara yang maju. Kita hendaklah meningkatkan lagi tahap kemajuan teknologi ke arah yang lebih mantap tidak kira lah dari segi apa sekali pun. Antara contoh-contoh kemajuan yang telah hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini ialah, tentang kemajuan teknologi menaik tarafkan lagi rangkaian internet dari 4G ke 5G.
Apakah itu 5G?
Sebelum kita mengenal lebih mendalam tentang rangkaian internet 5G. Marilah kita kenali dulu apa itu 4G. 4G secara asasnya merupakan singkatan bagi “4th Generation” ataupun dikenali sebagai “Generasi ke-Empat” yang memperlihatkan kepada evolusi dari generasi ke generasi ke-empat dalam komunikasi mudah alih ataupun lebih dikenali sebagai rangkaian internet/komunikasi. 4G dengan kebolehan mencapai tahap penghantaran dan penerimaan data pada kadar kelajuan 100 megabit sesaat (bagi yang bergerak) dan 1 gigabit sesaat (bagi yang tidak bergerak), dan turut dipanggil sebagai akses mobile ultra-broadband.
Akan tetapi, sehingga Oktober 2019 kadar penembusan bagi rangkaian 4G di Malaysia berada pada tahap 82.2 peratus sahaja. Teknologi masih tidak dapat mencapainya, membuatkan ramai pengguna menggunakan terma LTE (Long Term Evolution), yang mana menandakan LTE sebagai permulaan pertama, dan bakal berevolusi kepada 4G sehingga dapat mencapai 100% pencapaiannya.
Kelebihan kemajuan teknologi 5G ini ialah, ianya mempunyai keupayaan yang nyata berbeza berbanding teknologi yang sebelumnya. Pada zaman teknologi 1G dan 2G, sambungan dibuat bagi tujuan menyampaikan perkhidmatan suara, diikuti dengan 3G untuk sambungan data mudah alih manakala teknologi 4G dibangunkan untuk internet mudah alih. Teknologi 5G pula mempunyai keupayaan untuk mengubah fungsi teknologi mudah alih kepada masyarakat.
Sejauh mana kelajuan internet 5G?
Melalui hasil kajian yang dibuat ataupun hasil demonstrasi yang dilakukan di Langkawi, ternyata ianya juga membuahkan hasil yang sangat memuaskan dan ianya lebih daripada apa yang dijangkakan. Kelajuan internet pada teknologi 5G ini boleh mencapai sehingga 1.5 GB sesaat untuk memuat turun apa sahaja data. Ini bermakna anda boleh memuat turun filem kegemaran anda di mana-mana platform hanya dalam beberapa saat yang diperlukan dengan kualiti filem yang lebih terang ataupun lebih HD ataupun dikenali “High Definition”. Kalau sebelum ini, kadar lengahan (atau lebih dikenali sebagai latency) pada sekitar 20 milisaat, melalui kemajuan teknologi 5G, kadar lengahan ini menjadi sangat minimum iaitu sekitar 1 milisaat. Kadar lengahan ataupun lebih dikenali sebagai “latency” boleh membuatkan kawalan pada jarak jauh menjadi lebih cekap dan jitu. Selain itu, teknologi 5G juga mampu menghubungkan lebih daripada sejuta peranti pada keluasan satu kilometer persegi berbanding teknologi LTE serta 4G yang hanya mampu menghubungkan 1,000 peranti dalam keluasan sama.
Untuk lebih mudah mengenali tentang 5G ialah,
Kenapa pentingnya internet yang lebih cekap?
Ianya kerana, hasil daripada kecepatan ataupun kecekapan sambungan internet mudah alih menerusi 5G menjadikan kadar penggunaan tenaga lebih rendah pada peranti. Maksudnya, penggunaan bateri lebih jimat dan peranti boleh tahan lebih lama. Malah, kapasiti internet yang tinggi pada 5G juga mampu menampung peningkatan kadar sambungan internet pada peranti seiring dengan permintaan yang dipacu oleh internet benda (IoT).
Apakah kemudahan internet capaian 5G ini boleh mentransformasi teknologi sedia ada?
Jawapannya, yah. Menerusi capaian internet 5G, keupayaan seperti pengesanan wajah serta pangkalan data dapat diintegrasikan dengan lebih lancar dan tepat. Setakat ini, teknologi mudah alih telekom belum lagi disahkan sebagai “teknologi kegunaan umum” seperti teknologi elektrik, internet mahupun teknologi pembakaran enjin dalaman. Akan tetapi, kesemua teknologi kegunaan umum ini telah banyak mengubah gaya hidup manusia dan cara perniagaan dijalankan. Walau bagaimanapun, dengan kehadiran melalui kemajuan teknologi generasi kelima (5G), ianya berpotensi besar untuk merancakkan lagi komunikasi mudah alih melalui inovasi ataupun perubahan di samping mewujudkan industri baharu yang dapat membawa manfaat besar kepada keseluruhan ekonomi negara. Dengan secara tidak lansung, ini bermakna 5G akan memajukan lagi teknologi mudah alih dari masa ke semasa melalui penambahbaikan dalam memajukan teknologi untuk menghubungkan manusia dengan peranti canggih lain.
Kami daripada pihak Pusat Kreatif Ekonomi dan Inovasi Sabah (SCENIC) kami mengharapkan bahawa agar kemajuan teknologi ini boleh dikembangkan lagi dengan lebih mendalam serta terperinci bagi memastikan semua warga penduduk dapat merasakan kemajuan teknologi ini dan tidak ada yang ketinggalan langsung. Ianya kerana, sebilangan penduduk tidak dapat merasakan kemajuan teknologi ini disebabkan oleh tempat mereka yang sangat pedalaman dan faktor-faktor lain seperti tanah yang tidak lurus serta terlalu banyak bukit. Sangat sukar untuk memastikan keadaan pedalaman ini dapat menerima “signal” ataupun dikenali sebagai capaian kemudahan alih yang baik atau tidak.