You are currently viewing YOUTUBER SEBAGAI KARIER DI MALAYSIA

YOUTUBER SEBAGAI KARIER DI MALAYSIA

  • Post author:
  • Post category:Info

 Siapa sahaja yang tidak mengenal Youtube?. Hampir keseluruhan rakyat Malaysia sekarang lebih meluangkan masa banyak menonton video-video di Youtube berbanding dengan menonton televisyen. Hal ini kerana, Youtube lebih menawarkan banyak jenis kandungan video bukan sahaja video berbentuk drama atau filem tetapi Youtube mempunyai banyak saluran yang menawarkan video-video menarik seperti video berbentuk gurauan, masakan, music, pembelajaran dan juga tentang perkembangan isu semasa di negara kita dan di seluruh dunia. 

youtuber

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Logo Facebook Sabah Youtube Community: https://www.facebook.com/SabahYoutubeCommunity/

Dalam Youtube, kita mempunyai dua pilihan sama ada untuk menjadi penonton, pendengar atau pelanggan sebagai pilihan utama atau kita juga boleh menjadi salah satu content creator dalam Youtube. Karier sebagai Youtuber di Malaysia sudah dipersetujui oleh banyak pihak. Kebaikannya, gaji yang kita peroleh daripada Youtube boleh mencecah sehingga sejuta ringgit jika kita mempunyai komitmen yang tinggi dalam bidang sebagai Youtuber. Tugas sebagai Youtuber sebenarnya sangat menarik kerana ianya bukan sahaja dapat menambah pendapatan bulanan kita tetapi juga dapat meningkatkan daya kreativiti kita dalam dunia digital. 

Kemahiran-kemahiran dalam dunia digital seperti menyunting dan mengadun video serta audio boleh ditingkatkan sepanjang perjalanan kita untuk menjadi content creator  yang berjaya. Sesetengah pihak mengatakan bahawa Youtuber ini bukannya kerja atau karier tetapi ianya hanyalah hobi dan angan-angan kita tetapi mereka tidak tahu bahawa gaji Youtuber boleh mengalahkan gaji yang ditawarkan dalam pekerjaan kita. Di Malaysia sahaja, sudah ramai Youtuber yang membeli rumahnya sendiri menggunakan duit gaji daripada Youtube.

ISU PENIRUAN IDEA DALAM YOUTUBE

Dalam Youtube, banyak kategori video yang berkonsepkan prank dan juga video-video yang mempunyai unsur-unsur lawak. Ada juga video yang berkonsepkan tentang menolong orang-orang yang susah dan kebuluran.

youtuber

 

 

 

 

 

 

 

 

Sebagai contohnya, di Malaysia, Youtuber bernama Isa Isarb pernah menjadi viral bukan sahaja kerana kekayaannya tetapi beliau juga dikenali sebagai Youtuber yang suka menolong orang susah atau mempunyai sara hidup yang rendah.

youtuber

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Banyak juga yang berkata, Isa Isarb meniru idea tersebut daripada Mr. Beast iaitu antara Youtuber ternama di seluruh dunia. Namun, Isa Isarb tidak mengendahkan komen netizen dan meneruskan perjalanannya sebagai Youtuber.

KATEGORI VIDEO ANIMASI

Dalam dunia Youtuber di Malaysia, kita juga disajikan dengan content berkonsepkan animasi. Sebagai contoh, Sumie Azil dengan pengikutnya atau pelanggan mencecah 300000 di saluran Youtubenya. Video yang dihasilkan ialah berbentuk animasi dan jalan cerita dalam videonya ialah berkonsepkan sketsa dan unsur-unsur yang berkait rapat dengan peribadi penonton videonya. Dengan video animasi dan jalan cerita yang kreatif, Sumie Azil berjaya mendapatkan Silver Play Button iaitu satu penghargaan daripada Youtube selepas mencecah 100000 pelanggan di salurannya. 

youtuber

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Youtuber seperti Platabush ataupun ada khabar angin yang mengatakan bahawa nama sebenar beliau ialah Arun Tonsom dan berasal daripada Sabah. Dalam saluran Youtuber Platabush, pelanggannya telah mencecah 6 juta di salurannya. Bayangkan sahaja berapa pendapatan yang diperoleh beliau. Videonya juga berkonsepkan video animasi namun diambil daripada sebuah game terkenal bernama Minecraft. Beliau menukarkan video game kepada video sketsa yang mempunyai unsur-unsur lawak. Bukan daripada Malaysia sahaja yang menonton tetapi daripada seluruh dunia. Ini juga menjadi kebanggaan kita di Malaysia dan di Sabah terutamanya.

MASA DEPAN SEBAGAI YOUTUBER

Kita seharusnya belajar cara asas untuk menyunting video mereka untuk memaksimalkan kualiti video. Alat-alat yang digunakan juga baru dinaik tarafkan secara perlahan-lahan mengikut pendapatan yang mereka dapat daripada Youtuber. Tujuan Youtuber adalah untuk mengembangkan bakat atau mengasah kebolehan mereka dalam dunia digital. Sekiranya komitmen dan kepercayaan diri mereka tinggi, tidak mustahil bahawa Youtube boleh dijadikan sebagai karier utama mereka dalam kehidupan. Kesimpulannya, kita boleh meningkatkan daya kreativiti, menambah pengetahuan baru dan dalam masa yang sama dapat menambah pendapatan kita.