FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEJAYAAN USAHAWAN

Seorang usahawan tidak akan berjaya tanpa usaha dan mudah putus asa. Untuk menjadi seorang usahawam yang berjaya memang banyak cabarannya. Ianya memerlukan pengorbanan dan kekuatan yang luar biasa. Tidak semua benda dalam dunia perniagaan itu indah. Bak kata pepatah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Ramai orang yang berjaya sebagai usahawan kerana mereka memiliki sesuatu dalam diri mereka yang tidak ada pada orang lain.

Pusat Kreatif dan Inovasi Sabah (SCENIC) memainkan peranan dalam melahirkan usahawan yang berjaya. Pelbagai program yang dianjurkan untuk usahawan-usahawan. Salah satunya ialah program pengenalan kepada keusahawanan. Program yang dianjurkan juga merupakan landasan menuju kejayaan seorang usahawan. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan usahawan dan tidak ada pada orang lain:

 

  • BAKAT

Bakat merupakan satu anugerah. Setiap orang memiliki bakat dan kebolehan yang berbeza-beza. Ada orang yang mempunyai bakat berniaga secara semulajadi, ada orang yang petah bercakap dan tidak malu untuk bercakap depan orang ramai. Contohnya, apa sahaja kata-kata yang keluar dari mulut boleh mempengaruhi orang lain untuk membeli roduk yang akan dia jual. Ada juga orang berbakat dalam menulis. Contohnya, menulis iklan jualan. Setiap ayat yang ditulis boleh mempengaruhi emosi pembaca menyebabkan mereka ingin membeli produk tersebut.

 

  • PENGUASAAN ILMU PENGETAHUAN

Tanpa penguasaan ilmu pengetahuan, kita mudah ditipu dan ditindas oleh golongan yang berpengetahuan. Penguasaan ilmu pengetahuan membolehkan kita untuk menjalankan kajian tentang cara untuk memperoleh keuntungan yang maksimum pada setiap tempoh perakaunan. 

 

  • MODAL

Modal terbahagi kepada dua kategori iaitu modal wang dan modal fizikal. Modal wang merupakan modal yang boleh dicairkan untuk mengeluarkan sesuatu produk. Modal fizikal pula adalah mesin, bangunan kilang, dan bahan mentah. Tanpa modal fizikal ini, seorang usahawan tidak akan dapat mengeluarkan ‘output’ yang ingindikeluarkan atau ‘output’ yang memaksimumkan keuntungan. Ganjaran kepada pemilik modal adalah faedah atau dikenali sebagai bunga. Modal boleh diperoleh melalui pinjaman bercagar atau dikenali pinjaman persendirian. Antara agensi kerajaan yang boleh menyediakan kemudahan pinjaman ialah MARA,TEKUN dan Pusat Urus Zakat. Modal yang mencukupi akan menjamin kejayaan seseorang usahawan dalam bidang keusahawanan. 

 

  • RAJIN/GIGIH BERUSAHA

Seorang usahawan mestilah memajukan perniagaannya di peringkat antarabangsa tanpa mengenal erti putus asa. Tokoh usahawan di Malaysia yang boleh dijadikan contoh ialah Puan Rozita Ibrahim, pengusaha Sendayu Tinggi. Beliau sanggup bermalam di dalam lorinya semasa memasarkan produknya. Hasil ketekunan dan kegigihannya, kini beliau bergelar jutawan kosmetik yang tersohor di Malaysia. 

 

  • PENGALAMAN

Ada orang yang dilahirkan dalam keluarga usahawan. Jadi mereka ini sememangnya sudah biasa dan berpengalaman dalam dunia perniagaan. Pengalaman juga boleh datang dari pekerjaan yang kita lakukan. Setiap orang pasti pernah melalui pengalaman bekerja. Jika kita dapat kerja dengan syarikat yang menjalankan perniagaan, kita akan lebih banyak belajar tentang selok belok dunia perniagaan dan boleh kita aplikasikan dalam perniagaan kita sendiri. Pengalaman yang ada pada diri kita sangat berharga. Oleh yang demikian, dalam dunia kerjaya, pengalaman bekerja membantu kita dalam banyak hal. Contohnya, kita boleh minta gaji lebih dari majikan.

 

  • SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF

Kita kena bijak mengurus tekanan dalam perniagaan. Amalkan berfikiran positif kerana dengan berfikiran positif ia memberikan kesihatan yang baik kepada tubuh badan kita. Kita mesti melihat masalah itu sebagai satu cabaran yang mesti diselesaikan dengan cara yang terbaik dan dengan ilmu yang betul.

    Comments are closed

    Lot 12, Ready Built Factory 5 (RBF5), Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP), 88450 Kota Kinabalu Sabah, Malaysia

    CONTACT US

    Tel: +60 8849 8688
    Email: marketing@scenic.my
    Copyright 2024 - SCENIC | Web Designed by Khaiz Empire
    Privacy Policy
    Skip to content