SCENIC menjadi rakan kolaborasi MYStartup Cradle di peringkat negeri Sabah dan melalui kerjasama ini SCENIC dan Cradle akan mempergiatkan lagi inisiatif- inisiatif di bawah SUPER dan MYStartup dalam membangunkan ekosistem start-up khususnya dinegeri Sabah dan SCENIC juga akan bertindak sebagai rakan komuniti MYStartup dalam mempromosikan program-program MYStartup dan begitu juga Cradle dalam membantu mempromosikan program-program start-up anjuran SCENIC.
MoU ini akan menjadi titik permulaan bagi merancakkan lagi aktiviti ekonomi digital di Sabah seiring dengan perkembangan ekosistem start-up negara dan kerjasama ini akan mengukuhkan lagi hubungan di antara SCENIC dan Cradle dan sekaligus menjana lebih banyak peluang untuk start-up di Sabah dalam mengembangkan idea dan perniagaan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan sosioekonomi Sabah.