Artikel kali ini akan lebih menjurus kepada karier jurugambar. Jurugambar merupakan salah satu perkhidmatan digital iaitu mengambil gambar yang mempunyai maksud, tema, mesej dan nilai. Tugas sebagai jurugambar mungkin mudah untuk dikuasai namun nilai imej yang dihasilkan adalah kunci utama untuk gambar tersebut dijadikan sebagai ikon, kenangan dan. Jurugambar dijadikan aset penting kepada pihak tertentu sama ada dari segi pembelajaran, kerja sampingan, tujuan bisnes dan kepentingan peribadi mahupun sekeluarga. Di Malaysia, karier jurugambar ini tidak lagi asing malahan sudah menjadi kegiatan normal rakyat-rakyat di Malaysia.
Kamera ada dimana-mana, sama ada menggunakan telefon pintar, kamera digital dan penggunaan DSLR. Sebagai contoh, sosial media dijadikan tempat untuk berkongsi imej ke tempat kawan atau ke serata dunia.
Sumber: https://iluminasi.com/bm/ilmu-pengetahuan-asas-fotografi-yang-perlu-anda-fahami.html
Teknologi ini mengubah perpekstif ramai terhadap jurugambar iaitu populariti. Kekreatifan seseorang untuk mengambil gambar mempengaruhi maklum balas yang akan mereka dapat daripada netizen. Gambar yang penuh dengan mesej tersirat dan penuh emosi mampu menarik perhatian netien dan anda boleh mencipta komuniti anda sendiri.
Kita boleh ambil contoh di Sabah, setiap perayaan tertentu seperti kahwin atau majlis-majlis tertentu, jurugambar merupakan kru penting semasa majlis berlangsung. Mereka diamanahkan untuk menggambar momen-momen penting semasa majlis berlangsung. Terpulang pada mereka bagaimana cara mereka untuk mengambil gambar. Kepentingan sesuatu gambar adalah dimana momen dapat dijadikan kenangan untuk diingati selamanya. Jurugambar majlis perayaan bukanlah secara percuma, mereka dibayar mengikut kualiti penggambaran dan masa majlis berlangsung. Ini menjadi kerja sampingan bagi jurugambar.
Selepas sesi penggambaran selesai, peosedur seterusnya ialah bahagian suntingan dan adunan warna. Gambar yang diambil sebelum di sunting adalah gambar mentah dimana ton warnanya ialah normal. Dalam suntingan, warna gambar, peneutrelan, tekstur dan elemen-elemen tertentu seperti bingkai dapat mengubah suasana gambar mengikut tema suntingan. Aplikasi sosial media sekarang menyediakan templat suntingan gambar atau suntingan secara manual sebelum gambar tersebut di pos.
Antara pendidikan yang memerlukan aktiiviti sebagai jurugambar ialah dalam bidang kewartawanan. DI Sabah, kursus tentang kewartawanan pernah dijalankan. Seramai 25 orang peserta telah menghadiri kursus “Writing for Social Media & News Portal Training” yang diadakan di Dreamtel Kota Kinabalu, Kota Kinabalu Sabah pada 29 – 30 April 2019. Dalam kursus tersebut, bidang kewartawanan ini dikaitkan dengan penggambaran suasana sekeliling, impaknya kepada sosial media dengan cara sesuatu gambar disampaikan tanpa memerlukan penjelasan.
Kursus Writing for Social Media & News Portal Training
Kursus itu dikendalikan oleh penceramah yang sudah berpengalaman dalam bidang ini iaitu Encik Hashim Idris iaitu wartawan kosmo!. Beliau berjaya membawa TV Kosmo! memenangi Dokumentari Video Terbaik Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2017 pada tahun lepas. Kursus anjuran Malaysian Press Institue(MPI) dengan kerjasama Sabah Journalist Association(SJA) itu mendapat sambutan ramai dan peserta yang menyertai juga bersemnagat mendengar ceramah yang akan disampaikan. Penggunaan jurugambar dalam bidang ini adalah untuk tujuan penulisan artikel di platfom-platfom berita tertentu.
Penggunaan jurugambar dalam bidang perniagaan adalah sangat penting. Tanpa gambar, peniaga akan sukar untuk membuat pengiklanan, pempromosian dan butir-butir penting tentang perniagaan mereka. Gambar digunakan untuk menunjukkan apa perkhidmatan atau produk yang ingin dipasarkan.
Penggunaan gambar secara kreatif dapat menarik minat pelanggan untuk membeli produk kita dan ianya juga bergantung kepada cara kita menyunting gambar tersebut supaya pengguna mudah faham dengan poster pengiklanan yang atau pempromosian yang dibuat.
Intinya, pengkhususan bidang sebagai jurugambar bukan sahaja penting tetapi boleh menjadi karier kita di masa hadapan. Pendidikan kreatif ini dapat memberi kita peluang untuk mengasah bakat kita dan membuatkan kita berfikir secara kritis.