Seringkali kita mendengar pepatah Melayu mengatakan, ‘yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang’, begitulah analogi yang tepat untuk menggambarkan kejayaan seseorang. Jika tiada usaha dan tidak berusaha, rezeki tidak akan datang sendiri. Begitu juga dengan usahawan-usahawan yang sudah berjaya.
Mereka telah berusaha sedaya upaya sehingga mencapai tahap seorang usahawan. Antara usahawan-usahawan yang berjaya di Malaysia dan sememangnya boleh menjadi sumber inspirasi bersama ialah:
Dr. Lee Yean Wang, juga dikenali sebagai Dr Mos atau Dr Nyamuk, gelaran unik yang diberi kepada usahawan ini menarik perhatian ramai. Beliau berjaya memperoleh falsafah kedoktoran (dalam entomologi perubatan) dari Universiti Sains Malaysia pada 2007 untuk membolehkannya melaksanakan Ph.D. kajian tentang kawalan nyamuk Aedes.
Dr. Lee Yean Wang telah bekerja dengan Unit Penyelidikan Kawalan Vektor, Pusat Pengajian Sains Biologi, Universiti Sains Malaysia selama lebih daripada 8 tahun. Tanggungjawab utama beliau ialah membantu kerajaan dan WHOPES mengkaji keberkesanan semua produk kesihatan awam dan racun serangga isi rumah untuk nyamuk, lipas dan kawalan lalat rumah.
Dengan kepakaran yang dimiliki, Dr Lee Yean Wang berjaya mencipta produk kawalan nyamuk mesra alam iaitu XMos Mini Repellent yang tidak berminyak, tidak berbau, tidak bercahaya, serba boleh, mudah alih, kegunaan dalaman & luaran. Penghalau mini XMos memanfaatkan lebih 100 ribu pengguna dan digunakan dengan baik untuk menyelesaikan isu gigitan nyamuk. X’Mos memiliki fungsi tiga dalam satu berkesan membunuh, memberi perlindungan berterusan dan menghalau nyamuk terutama Aedes.
Beliau juga dengan pantas membangunkan satu lagi produk hebat baharu, yang dipanggil Sistem Nyamuk iMos-InTelligent, yang berinovasi untuk menyelesaikan isu masa bila hendak menyembur, bila hendak menggantikan aerosol atau bateri. iMos ialah sistem yang inovatif selaras dengan konsep “Industri 4.0” dimana ia merangkumi trend semasa pertukaran data dalam teknologi pembuatan. Namun, disebalik kejayaan dan inovasi produk itu, Lee Yean Wang berkata usaha untuk mendidik pengguna supaya beralih dan bertukar kepada produk baharu sangat sukar.
Bergelar ibu kepada empat orang anak, bukanlah halangan untuk Leny Adam, merealisasikan impian dan cita-citanya. Terkenal sebagai individu yang sentiasa positif dan tidak segan untuk menimba ilmu baharu, Leny berjaya membawa jenama Asianic & Blossom setanding produk terkemuka. Kini rangkaian produknya sudah menembusi hampir semua pasar raya besar dan mendapat tempat untuk pasaran luar.
Beliau sering berkongsi ilmu dengan mengucapkan kata-kata bahawa seorang usahawan harus komited dalam meningkatkan mutu produk disamping memastikan pembungkusan cantic dan menarik untuk memikat hati setiap pelanggan.
Sharifah Nur Aliyah menanam niat awal untuk membantu rakan baiknya menyelesaikan masalah anak meragam telah menjadi pendorong kepada beliau untuk mengikuti jejak perniagaan keluarganya. Keluarga beliau dianugerahkan bakat menghasilkan produk berasaskan herba. Oleh yang demikian, beliau tampil dengan ilham baharu dikenali Ning Salmah.
Ning Salmah merupakan produk penjagaan diri khas untuk ibu dan anak, berasaskan bahan semula jadi dan herba tradisional. Beliau memberi sepenuh perhatian kepada pembangunan produk untuk memastikan keberkesanan Ning Salmah membantu ibu-ibu dalam tugas seharian.
Mengenai kejayaan beliau, syarikatnya dipilih untuk membuat pembentangan kepada pelabur berpotensi di persidangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) pada tahun Januari 2020. Nig Salmah juga telah tersenarai dalam 500 pemohon untuk bersaing dalam cabaran BizSmart Alliance Bank dan berada di tangga ke 22 terbaik.
Kejayaan beliau bermula dengan minat dan akhirnya menjadi penca rezeki sehingga sekarang. Mohd Herin Mansor merupakan pengasas perniagaan busana tradisional Melayu, Binmansor. Sedikit latar belakang mengenainya, beliau adalah bapa kepada tiga orang anak. Mohd Herin Mansor dulunya pernah bekerja di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selama 14 tahun. Selepas belajar, beliau mula menunjukkan minat untuk mengusahakan perniagaan sendiri.
Berkongsi tentang persaingan perniagaan, beliau berkata ramai pengusaha baru telah muncul. Namun begitu, perniagaannya sama sekali tidak terkesan kerana beliau masih mengekalkan produknya dibuat dari bahan yang berkualliti dan bermutu tinggi. Permaisuri Agong mengunjungi Binmansor kerana kagum dengan hasil tangannya. Beliau juga diberi kepercayaan menaja busana dan aksesori Melayu untuk rancangan Pendekar Muda 2018, KOnsert Wings Laksamana Metal 2019 dan siri Kampung Pisang episode raya.
Memiliki impian mengangkat seni batik sebagai seni kraf utama di Malaysia. Ia juga merupakan satu tanggungjawab besar untuk dilaksanakan. Namun bagi Salmah Abd Aziz, tiada yang mustahil sekiranya seseorang itu ikhlas menghargai dan mencintai seni. Dengan usaha, beliau bersama suami berjaya membuka perniagaan Abas & Sal Batik. Perniagaan ini menawarkan produk batik lukisan tangan.
Terdapat lebih 30 fesyen ditawarkan terdiri pelbagai corak moden dan kontemporari serta pilihan warna pastel yang memukau. Bercakap mengenai kualiti produk, pihaknya yakin semua hasil batik yang dipasarkan sangat bermutu tinggi, kemas dan bersih. Sebagai usahawan, Salmah dan Abas sentiasa mencari jalan untuk memastikan perniagaan mereka berbeza dan mempunyai identiti sendiri.
Pusat Kreatif Ekonomi dan Inovasi Sabah (SCENIC) , berperanan sebagai pemangkin untuk program pembelajaran dan pembangunan untuk bakat dan mewujudkan ekosistem pelabur dan pemain pasaran serantau. Ini membolehkan rakyat Sabah menjadi usahawan inovatif yang menyumbang kepada kesejahteraan sosio-ekonomi negeri.