Pusat Kreatif Ekonomi dan Inovasi Sabah (SCENIC) mempunyai visi dalam mencipta taraf hidup yang terbaik untuk rakyatnya. Semua orang akan merancang dahulu sebelum melakukan sesuatu. Keperluan merancang adalah berbeza. Perniagaan kecil yang mempunyai 2 atau 3 pekerja mungkin boleh berjaya dengan perancangan tidak formal tetapi perniagaan yang semakin berkembang pesat, perancangan formal amat diperlukan untuk berjaya.
Apa itu perancangan yang formal?
Perancangan formal merupakan perancangan yang dilakukan untuk mencapai matlamat yang spesifik. Digubal, didokumentasikan dan dimaklumkan kepada semua kakitangan yang terlibat. Strategi yang rapi dirangka sebagai langkah tindakan untuk jayakan pencapaian matlamat. Sumber-sumber yang perlu haruslah diperjelaskan, diperuntukkan dan dikawal. Prestasi diukur sama ada matlamat tercapai atau tidak.
Mengapa kita perlu berubah dari tidak formal kepada yang formal?
Perancangan strategik?
Perancangan strategik adalah pembentukan pelan jangka panjang bagi mengurus peluang dan ancaman dengan efektif dengan mengambil kira kekuatan dan kelemahan dalaman sesuatu perniagaan. Proses perancangan strategik melibatkan input strategik (dari persekitaran luaran dan dalaman), tindakan strategik (formulasi startegi dan perlaksanaan strategi) yang akhirnya akan membuahkan hasil strategik.
Pendekatan memulakan perniagaan baru
(Poduk atau Perkhidmatan)
– Memperkenalkan pendekatan perniagaan baru dikenali sebagai strategi penggerak pertama.
– Usaha inovatif yang berterusan akan menjadikan sesebuah syarikat sebagai pemimpin dalam industri.
– Memperkenalkan produk baru risiko lebih rendah berbanding perkhidmatan baru kerana industri perkhidmatan yang mempunyai halangan kemasukan yang rendah.
– Usahawan yang memperkenalkan produk/perkhidmatan baru selalunya menawarkan jenis perniagaan yang ada kaitan dengan perniagaan semasa.
(Persaingan Selari)
– Pendekatan ini merupakan strategi ‘saya juga’ di mana sesebuah syarikat akan menduplikasi persaingan sedia ada.
– Persaingan duplikasi tidak sama dengan produk persaing yang berada di pasaran bergantung kepada kreativiti dan inovasi sesebuah syarikat.
– Peter Drucker menggelarkan sebagai ‘peniruan kreatif’ yang mana ianya menggabungkan elemen perniagaan sama dengan pesaing (peniruan) tetapi dibezakan dengan melakukan perubahan kecil (kreatif). Contohnya, TESCO dan GIANT: jenis perniagaan adalah hampir sama tetapi berbeza dari segi lokasi, pemasaran dan ‘layout’ dalaman bangunan.
(Francais)
– Usahawan boleh menggunakan pendekatan perniagaan francais (francaisor) apabila mengembangkan perniagaan dengan lebih cepat dengan menggunakan modal, masa dan tenaga usahawan lain (francaisi) untuk menjual produk atau perkhidmatan mereka.
– Francaisi akan membayar yuran, royaliti dan lain-lain kerana menggunakan jenama, sistem dan produk francaisor.
Pusat Kreatif Ekonomi dan Inovasi Sabah (SCENIC), berperanan sebagai pemangkin untuk program pembelajaran dan pembangunan untuk bakat dan mewujudkan ekosistem pelabur dan pemain pasaran serantau. Ini membolehkan rakyat Sabah menjadi usahawan inovatif yang menyumbang kepada kesejahteraan sosio-ekonomi negeri.