Dalam usaha membantu memacu industri di negeri Sabah, Pusat Kreatif Ekonomi dan Inovasi Sabah membantu 7 orang usahawan iaitu pemenang Pitch Borneo bagi tahun 2020 dalam menjalankan sesi bimbingan bersama pakar industri. Sesi ini dijalankan bermula pada bulan Januari selama 4 minggu bagi setiap usahawan mendapatkan bimbingan bersama pakar industri.
Peluang ini dapat membantu usahawan mendapatkan nasihat, bimbingan dan perkongsian ilmu daripada pakar industri dalam sesi ini bagi mengembangkan ilmu perniagaan, jaringan perhubungan, strategi perniagaan dan banyak lagi. Pengalaman dan ilmu yang diperolehi adalah amat bermakna danĀ diharapkan dapat membantu usahawan syarikat pemula (Startup) dapat menimbah ilmu dan mendapat nilai tambah dalam memacu perniagaan pada masa hadapan.