Seni Kraftangan Di Sabah

Seni kraftangan adalah hasil tangan manusia tanpa bantuan mesin-mesin seperti dikilang. Kraftangan memerlukan kreativiti seseorang untuk melakar corak dan bentuk kraftangan yang mereka ingin hasil. Kraftangan dibuat sama ada sebagai kenang-kenangan ataupun digunakan untuk kegiatan seharian. Sabah merupakan negeri yang cukup terkenal dengan seni kraftangan kerana sejak dari dulu lagi, masyarakat menggunakan kraftangan untuk tujuan tertentu seperti sara hidup melalui pertanian dan juga perikanan. Penggunaan kraftangan di Sabah tidak asing lagi walaupun sudah melalui arus pemodenan yang pesat. 

HASIL SENI KRAFTANGAN SABAH

Antara seni kraftangan di Sabah ialah barait Iaitu sebagai beg tradisional untuk kaum KadazanDuzun dan Murut. Barait digunakan untuk menyimpan barang atau peralalatan penting sebelum ke suatu tempat. Sebagai contoh, semasa menjelajah ke dalam hutan untuk mendapatkan hasil pertanian, barait digunakan untuk menyimpan parang,dangol dan barang-barang makanan sekiranya perlu. Barait  boleh dikatakan sebagai beg serbaguna kerana sejak dari dahulu lagi iaitu zaman nenek moyang, barait digunakan untuk pertanian dan untuk melakukan aktiviti-aktiviti lasak.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/fmt-ohsem/ohsem-gaya/2021/05/02/produk-kraf-sabah-kini-ke-persada-antarabangsa/

Seterusnya ialah wakid. Wakid mempunyai fungsi yang sama seperti barait namun saiznya lebih besar dan selalunya digunakan untuk memungut hasil tuaian padi dan hasil-hasil pertanian yang lain. Sampai sekarang, wakid masih lagi dibawa ke kebun-kebun untuk tujuan penyimpanan barang dan memnugut hasil pertanian. Wakid dihasilkan dengan menggunakan corak yang sangat unik yang menyerupai bentuk corak ketupat namun dibentuk dan dijadikan lebih besar. Penggunaan bahan-bahan juga adalah berasal daripada rotan dan juga kulit buluh.

KRAFTANGAN SEBAGAI HADIAH

Di Sabah, kraftangan bukan sahaja dijual untuk para petani atau pekebun tetapi juga dijadikan sebagai cenderahati. Kraftangan muzik seperti bungkau sering dibeli oleh para pengunjung di Sabah dan dijadikan sebagai kenang-kenangan yang menandakan mereka pernah menjejakkan kaki di Sabah. Contoh kraftangan lain ialah seperti sapu tangan yang menggunakan bahan-bahan daripada sumber semula jadi. Topi pekebun ataupun di panggil sebagai sirung bukan sahaja dibeli oleh para petani dan pekebun namun menjadi cenderahati dan hadiah kepada mereka yang berkunjung ke Sabah.

Seni kraftangan

Antara tempat yang menjadi pusat pembelian hasil seni kraftangan di Sabah ialah di Pekan Nabalu. Pekan ini merupakan pekan tanah tinggi yang pertama yang singgahi untuk melihat pemandangan kaki Gunung Kinabalu dan melihat pelbagai gerai jualan makanan tempatan, seni kraftangan dan cenderamata buatan tangan kaum-kaum di sekitar pekan ini. Sesuai untuk persinggahan melepaskan lelah dan sengal selama dalam perjalanan sebelum meneruskan lagi perjalanan seterusnya. Artis-artis antarabangsa juga pernah menjejakkan kaki ke Pekan Nabalu dan pernah dijadikan tempat penggambaran untuk drama.

Seni kraftangan

Sumber: https://eman540705.wordpress.com/2014/05/07/kedai-kraftangan-pekan-nabalu/

  Pekan Nabalu digelar sebagai pasar kraftangan kerana kedai berkonsepkan rumah panjang itu menarik minat pelanggan untuk masuk ke dalam dan dipenuhi dengan hasil-hasil kraftangan orang-orang di pekan itu.  Hasil-hasil kraftangan disana mempunyai nilai-nilai komersial dan mempunyai keunikannya tersendiri. Ada kraftangan yang berbentuk mainan ataupun patung. Baju-baju juga dijual dan mempunyai tema yang menandakan sayang kepada negeri Sabah. Namun begitu, kedai tersebut juga memfokuskan barangan-barangan seperti wangian dan makanan.

Seni kraftangan di Sabah sudah mempunyai tahap komersial yang sangat tinggi dan perniagaan kraftangan bukan lagi yang biasa-biasa. Kraftangan dikira sebagai aset penting kepada rakyat Sabah kerana seni kraftangan di Sabah merupakan ikon dan lambang kepada negeri Sabah. Percutian di Sabah tidak akan cukup tanpa berkunjung ke pasar kraftangan di Sabah.

BACA JUGA: KREATIF DAN INOVATIF

    Comments are closed

    Lot 12, Ready Built Factory 5 (RBF5), Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP), 88450 Kota Kinabalu Sabah, Malaysia

    CONTACT US

    Tel: +60 8849 8688
    Email: marketing@scenic.my
    Copyright 2024 - SCENIC | Web Designed by Khaiz Empire
    Privacy Policy
    Skip to content