Keusahawanan adalah perbuatan yang mewujudkan suatu perniagaan atau perniagaan semasa membina dan meningkatkannya untuk menjana keuntungan. Keusahawanan merupakan salah satu faktor yang penting dalam sesebuah pembangunan negara. Pusat Kreatif Ekonomi dan Inovasi Sabah (SCENIC) adalah inisiatif di bawah Kerajaan Negeri Sabah yang telah diluluskan oleh Kabinet Sabah pada bulan Ogos 2019 dan merupakan salah satu organisasi yang bertujuan untuk memacu industri. Malaysia mewujudkan pelbagai agensi untuk menyemai nilai nilai keusahawanan. Antaranya ialah:
Masyarakat primitif menggunakan sistem barter. Zaman kerajaan melayu Melaka, orang yang menjalankan perniagaan barter dipanggil pedagang. Islam galakkan manusia terlibat dengan perniagaan. Kesannya, lahirlah usahawan muslim yang berjaya seperti Abdul Rahman bin Auf dan Zubir bin Awwam.
Keusahawanan atau lebih dikenali dengan perniagaan merupakan bidang pilihan umat Islam khususnya pada awal kedatangan Islam, malas tidak terkecuali Rasulullah sendiri. Berdagang menyusuri Semenanjung Tanah Arab bersama kafilah dagang Arab yang lain, Rasulullah telah membuktikan bahawa keusahawanan merupakan kerjaya strategik yang perlu dihayati oleh umat Islam seluruhnya.
Bermula dari zaman tersebut, kegemilangan Islam terus disokong oleh golongan-golongan usahawan yang terdiri daripada para sahabat. Para sahabat telah membuktikan bahawa perniagaan merupakan sumber utama dalam menggerakkan ekonomi umat Islam. Malah, merek atelah menunjukkan bahawa mereka lebih berkaliber dalam bidang ini berbanding bangsa lain termasuk Yahudi. Perniagaan yang dijalankan pada ketika itu lebih telus dan jauh menyokong dan memberikan ruang yang cukup luas bagi urusan jual beli dan perniagaan sini.
Pada zaman awalan
Bermula zaman Marco Polo yang memulakan pelayaran dan perdagangan ke Timur Tengah. Menandatangani kontrak perjanjian dengan kapitalis yang merupakan penanggung risiko yang pasif. Keuntungan akan dibahagikan diantara kapitalis dengan pedagang tersebut.
Pada zaman pertengahan
Mereka merupakan individu yang terlibat didalam menjaga dan mengawal projek produksi yang besar. Menggunakan sumber yang disediakan oleh kerajaan. Mereka tidak menanggung sebarang risiko kerana mereka merupakan individu yang mengawal kerja-kerja pembinaan seperti bangunan awam dan gereja.
Abad ke-17
Terdapat hubungan diantara risiko dan usahawan. Mereka menandatangani kontrak perjanjian dengan kerajaan untuk memberikan perkhidmatan dan membekalkan produk yang telah ditentukan. Harga kontrak adalah tetap jadi rugi dan untung ditanggung oleh usahawan. Pakar ekonomi iaitu Richard Cantillion menyatakan mereka merupakan penerima risiko.
Abad ke-18
Mereka dibahagikan daripada pembekal kapital (pemodal). Ini kerana perkembangan industri dan penciptaan yang berlaku diseluruh dunia seperti Eli Whitney dan Thomas Edison merupakan individu pengguna kapital dan mereka bukan pembekal modal.
Abad ke-19 dan 20
Bidang pengurusan seperti pereka cipta (mencipta idea, produk, teknologi baru) dikenali sebagai usahawan.
Abad ke-21
Mereka sebagai individu yang produktif untuk pasaran Free Enterprise. Mencipta banyak produk dan perkhidmatan serta sanggup menghadapi pelbagai risiko. Usahawan adalah perintis didalam mencipta dan membuka perniagaan baru serta memberikan peluang pekerjaan.
KONSEP KEUSAHAWANAN
Banyak perdebatan berlaku apabila bercakap tentang definisi keusahawanan kerana tiada satu pun definisi yang standard dan universal tentang keusahawanan. Perkataan usahawan popular di kalangan masyarakat Malaysia hanya dalam pertengahan tahun 1970 an. Usahawan merupakan individu yang mengusahakan sesuatu perusahaan manakala peniaga pula orang yang berniaga. Usahawan boleh ditakrifkan sebagai seseorang yang mengusahakan sesuatu perniagaan sehingga berjaya dengan motif memperoleh keuntungan.
Keusahawanan juga adalah diantara perkara yang terpenting kepada individu, keluarga, pembangunan masyarakat, pembangunan negara serta agama. Ianya merupakan satu bidang ilmu yang merangkumi unsur-unsur sikap, kemahiran dan pengetahuan yang berkaitan dengan perniagaan dan perusahaan. Sikap kemahiran keusahawanan adalah di antara perkara yang terpenting kepada individu, keluarga, pembangunan masyarakat, pembangunan negara serta agama. Ianya merupakan satu bidang ilmu yang merangkumi unsur-unsur sikap, kemahiran dan pengetahuan yang berkaitan dengan perniagaan dan perusahaan Keusahawanan dikatakan sebagai satu kebolehan, kemampuan, dan kecenderungan untuk melakukan perkara-perkara berikut: