SCENIC mengadakan mesyuarat atas talian bersama Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute (MARii)

SCENIC mengadakan mesyuarat atas talian bersama Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute
(MARii) melalui platform Zoom Meeting. Sesi pengenalan mengenai SCENIC disempurnakan oleh Puan Viviantie Sarjuni selaku Pengurus Besar manakala wakil daripada MARii disampaikan oleh Puan Maisarah.
Turut terlibat sama, Encik Azhar Taib Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (DCEO) MARii, Puan Rosni Tarmidi Pembantu Pengurus (Power Technologies) MARii, dan staf SCENIC.

Diharapkan agar kerjasama antara SCENIC dan MARii dapat dijalankan secara mapan dan bermanfaat khususnya kepada rakyat negeri Sabah dalam memajukan dan mempercepatkan perkembangan teknologi, inovasi dan kreatif ekonomi di Sabah.

Tambahan, MARii juga mempunyai pejabat pengurusannya di Penampang, Sabah iaitu

Marii Satellite Sabah yang memfokuskan kepada penggunaan teknologi dalam sektor automotif, robotik dan IoT (Internet of Things) serta mobiliti secara keseluruhan yang lebih meluas. Telah dilancarkan pada 16 Februari 2019 dan kini beroperasi hampir 2 tahun.

Layari website untuk sebarang info mengenai MARii Sabah:

MARii juga menyediakan pelbagai bentuk latihan, program dan dana untuk semua. Layari website http://www.marii.my rasmi untuk sebarang info lanjut.

    Comments are closed

    Lot 12, Ready Built Factory 5 (RBF5), Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP), 88450 Kota Kinabalu Sabah, Malaysia

    CONTACT US

    Tel: +60 8849 8688
    Email: marketing@scenic.my
    Copyright 2024 - SCENIC | Web Designed by Khaiz Empire
    Privacy Policy
    Skip to content