Tahukah kamu? Penggunaan barang terpakai dalam penghasilan sebuah seni secara tidak langsung mampu mengurangkan daripada berlakunya memelihara sumber alam dan mampu mengurangkan pencemaran alam. Terdapat satu program yang baru dilancarkan untuk orang ramai dan merupakan satu program yang amat berbeza kerana program tersebut mempunyai tarikan yang berbeza dan mempunyai keunikan yang tersendiri. Sekali gus, ianya dapat menarik perhatian daripada penduduk tempatan mahupun para pelancong yang datang.
Pihak Kementerian Sains dan Teknologi Inovasi (KSTI) dan dibawa kerjasama pihak Sabah Creative Economy and Innovation Centre (SCENIC) telah melaksanakan sekaligus merasmikan pelancaran sebuah program yang memiliki tarikan mural baharu terbesar di Malaysia dikenali ‘Wonders of Wilderness – The Ocean – (WOW 1.0) yang mula dibuka kepada orang ramai. Antara lain, projek seni di tapak bangunan lama berusia 100 tahun di Kota Kinabalu ini adalah cetusan idea anak seni tempatan dengan menggunakan barangan terpakai.
Projek The Ocean, Wonders of Wilderness (WOW 1.0), seni awam itu adalah antara projek seni komuniti gabungan antara dua dimensi (2D) dan tiga dimensi (3D) digital terbesar pertama seumpamanya di negara ini yang boleh dikembangkan serta dimajukan menerusi kerjasama itu. Antara contoh gabungan seni yang diterapkan dalam projek tersebut ialah, seni mural, Art History, “AR”, serta arca-arca saiz yang sebenar. Lukisan serta arca mural tersebut terletak di tapak runtuhan bangunan lama di tengah bandaraya ini iaitu berhadapan dengan Suria Sabah, hasil seni itu katanya bukan hanya memaparkan lukisan tetapi juga mempamerkan hasil seni 3D hidupan marin bersaiz sebenar dan persekitaran bawah air, selain elemen seni digital. Projek itu turut membabitkan seni komuniti dan jangkauan luar pendidikan dengan secara tidak langsung, hasil daripada teknologi “AR” ini, setiap pengunjung yang datang mereka dapat merasakan pengalaman sendiri dan mengetahui tentang kehidupan marin bersaiz sebenar dan persekitaran bawah air, selain elemen seni digital terutama bagi kanak-kanak yang mempunyai sifat ingin tahu dengan lebih mendalam.
Harapan daripada pihak Sabah Creative Economy and Innovation Centre berharap agar banyak bangunan terbiar di negeri ini yang boleh ditukar menjadi tempat menarik di mana aktiviti sains dan kesenian boleh dilaksanakan untuk manfaat awam. Sebagai sebuah agensi kerajaan negeri yang memacu teknologi industri, inovasi dan kreativiti, SCENIC juga berharap agar bakat sedia ada dapat terus kekal dalam jangka panjang bagi membantu dan memberi inspirasi kepada yang lain. Badan bukan kerajaan (NGO) sememangnya bersedia untuk sama-sama bekerja dengan pihak berkuasa kerana mereka mempunyai kepakaran yang mungkin tidak dimiliki oleh kerajaan atau pihak korporat. Sudah menjadi tanggungjawab SCENIC untuk menyerlahkan lebih banyak bakat akar umbi di Sabah yang boleh dipupuk ke tahap seterusnya dan membantu Sabah dalam memulihkan ekonomi. Tambahnya, SCENIC sentiasa berhubung dengan pihak berkepentingan atau pemegang taruh dalam ekosistem, khususnya akar umbi bagi memastikan cabaran yang dihadapi dapat diatasi oleh kerajaan dan pihak korporat. Dibawah sokongan daripada Balai Seni Lukis Sabah, mereka percaya karya seni yang hebat harus memberi manfaat kepada orang ramai. Kami akan terus menyokong bakat tempatan dengan menjemput semua orang untuk melihat dan mengalami seni, kreativiti dan kemanusiaan yang dikongsi melalui Projek WOW.