Kreatif dan inovatif merupakan cara manusia berfikiran dan cara mereka mentafsir maklumat luar daripada kotak tanpa sebarang masalah. Melalui kekreatifan, kita dapat menyelesaikan sesuatu masalah yang sangat susah dan melalui pemikiran kreatif dan inovatif, kita dapat membentuk atau menghasilkan sesuatu yang baru yang kita boleh gunakan untuk tujuan yang penting. Kreatif dan inovatif merupakan kunci kita untuk mengubah sesuatu kepada sesuatu yang baru dan lebih canggih. Dalam teknologi, inovasi merupakan satu kepentingan agar dapat memaksimalkan kualiti, fungsi dan kebaikannya kepada dunia.
Penciptaan sesuatu memerlukan permulaan yang efektif. Dari awal lagi, kita harus selitkan elemen-elemen kreatif dalam setiap ciptaan tidak kira dari segi seni digital, teknologi, seni kraftangan dan banyak lagi. Pemikiran secara kritis mampu membuahkan hasil lumayan yang dapat memuaskan diri kita sendiri dan penggunanya. Dalam kreativiti dan inovasi terdapat juga beberapa halangan yang perlu kita hadapi iaitu dari segi kos, undang-undang negara dan keburukannya kepada kita nanti. Ini merupakan satu cabaran bagi kita dan memaksa otak kita untuk berfikir lebih jauh.
Sebagus mana pun kreativiti seseorang, mereka juga harus menitik beratkan larangan dalam membuat sesuatu. Contohnya dari segi pembuatan makanan, kreativiti untuk mencipta rasa yang baru merupakan satu idea bernas namun penggunaan bahan-bahan yang haram adalah larangan yang keras terutama sekali di negara kita Malaysia atau negara-negara Islam yang lain. Dari segi seni digital pula seperti pembuatan filem, kreativiti merupakan aset penting dalam pemikiran kita. Namun begitu, kita haruslah menitikberatkan batas seperti hak cipta dan unsur-unsur negatif dalam video tersebut.
Kreativiti dari segi teknologi pula adalah sangat penting bagi mencipta dan menginovasikan sesuatu yang lama kepada yang baru dengan tamabahan fungsi dan kelebihannya. Namun begitu, penggunaan alat-alat terlarang seperti penggunaan nuklear secara berlebihan mampu membahayakan diri kita dan pengguna. Tujuan utama kreativiti dan inovasi adalah untuk membolehkan kita menghasilkan dan memaksimalkan kualiti suatu produk dengan risiko yang minimal. Itulah sebabnya kita perlu berfikir secara kritis namun menghasilkan jalan kerja yang lancar.
Tanpa kreativiti dan inovasi, manusia hanya mampu menjalankan kegiatan seharian tanpa bantuan daripada kreativiti dan inovasi dan dapat menyusahkan kita. Sebagai contoh, Penciptaan mesin basuh membolehkan kita mencuci baju kita tanpa menggunakan tangan kerana sistem mesin basuh adalah secara automatik. Tetapi sesetangah daripada kita lebih merekomendasikan penggunaan tangan. Penciptaan kereta juga memerlukan kreativiti, inovasi dan pemikiran secara kristis. Tanpa kereta, kita mungkin tidak dapat berjalan dari satu tempat ke tempat yang jauh.
Dalam perniagaan juga memerlukan kreativiti kita menarik pelanggan kita. Pengiklanan dan pempromosian adalah bahagian dimana kita perlu bakar minda dan menjana sesuatu yang luar biasa. Poster pengiklanan dan pempromosian yang menarik dapat menarik minat pelanggan untuk melakukan urus niaga dengan kita. Kreatibviti yang dimaksudkan ialah bagaimana kita mereka bentuk poster tersebut. Penggunaan kata-kata juga mampu mempengaruhi reaksi pelanggan terhadap perniagaan kita. Kata-kata yang dapat menyakinkan pelanggan untuk membeli produk kita datang daripada kreativiti kita menghasilkannya.
Intinya, kreatif dan inovatif sangat-sangat penting dalam negara kita. Pengkhususan khas untuk kreativiti dan inovasi adalah sangat penting supaya dapat mengasah bakat kita. Di Sabah, SCENIC antara platfom dan pendidikan khas untuk kreativiti dan inovasi. Dengan adanya platfom dan pendidikan seperti ini, tidak mustahil bagi masyarakat di Sabah untuk menjadi professional dalam bahagian kreativiti dan inovasi.
BACA JUGA: Co-ETIC Featured Mentors Programme – Technology and Innovation