Tanpa kita sedar, kemudahan Jalur lebar Internet sekarang digunakan dengan meluas, dengan kos penggunaan yang semakin rendah, semakin banyak device yang dicipta dengan kebolehan Wi-Fi dan sensor, kos teknologi yang semakin rendah, dan kadar penembusan telefon pintar yang semakin meningkat. Semua faktor ini mencipta suatu keadaan yang sangat sesuai untuk “Internet of Things”.
“Internet of Things” atau pun lebih mudah dikenali sebagai IoT merupakan topik yang sering menjadi bualan sekarang. Ianya merupakan satu konsep yang mempunyai potensi dalam mempengaruhi bagaimana kita hidup dan juga bagaimana kita bekerja. Tetapi apakah sebenarnya “Internet of Things” dan bagaimana ianya memberi kesan kepada kita?
Apa Itu Internet of Things?
Konsep mudahnya adalah menghubungkan semua device yang mempunyai butang ON dan OFF kepada Internet. Ini adalah termasuk telefon bimbit, mesin basuh, lampu dan apa saja yang kita boleh fikirkan. Juga termasuk komponen mesin seperti enjin jet dalam kapal terbang dan lain-lain.
Bagaimana IoT Memberi Kesan Kepada Anda?
Peraturan baru bagi masa depan adalah “Apa benda yang boleh terhubung, akan dihubungkan”. Terlalu banyak contoh dan potensi yang boleh diperolehi daripada situasi ini. Sebagai contohnya, ketika anda dalam perjalanan ke mesyuarat, kereta anda sudah mempunyai akses kepada kalender anda, dan mengetahui jalan pintas paling dekat.
Contoh lain adalah device yang dipakai di tempat kerja dapat memaklumkan bila dan di mana kita paling aktif dan produktif, dan seterusnya berkongsi maklumat tersebut dengan device lain semasa kita bekerja.
Jika dilihat pada konteks yang lebih besar, Internet of Things dapat diaplikasi pada rangkaian pengangkutan: “smart cities” yang dapat membantu kita mengurangkan sisa buangan dan meningkatkan keberkesanan seperti penggunaan tenaga. Ini sudah tentu membantu kita untuk lebih memahami dan meningkatkan cara bekerja dan hidup kita.
Realitinya Internet of Things membolehkan peluang dan hubungan tanpa had, yang mana mungkin kita belum pernah terfikir sebelum ini.
Keselamatan merupakan isu besar jika dikaitkan dengan Internet of Things. Apabila jutaan device terhubungung, apa yang kita boleh lakukan bagi memastikan setiap maklumat adalah selamat? Bukan kah ini membuka lebih banyak ruang untuk isu yang berkaitan dengan keselamatan dan perkongsian data.
Satu lagi cabaran dalam melaksanakan Internet of Things adalah bagaimana sesebuah syarikat boleh menguruskan jumlah data yang sangat banyak seperti ini. Syarikat perlu lah memikirkan cara terbaik untuk menyimpan, mengesan, dan menganalisa jumlah data yang bakal dijana.
Kenapa IoT penting?
IoT membolehkan data dikumpul dengan mudah. Banyak data bermaksud keputusan analitik dapat dibuat degan lebih cepat dan tepat kerana gambaran luas terhadap sesuatu proses dapat difahami. IoT juga meningkatkan kualiti hidup manusia. Dengan adanya teknologi ini, tenaga manusia tidak lagi diperlukan untuk membuat kerja yang berulang-ulang dan membosankan. Tenaga tersebut sebaliknya boleh digunakan dalam kerja yang lebih strategik dan memerlukan kretiviti yang hanya ada pada manusia.
Penembusan IoT dalam kehidupan harian kita juga sedang meningkat, Pasaran IoT dalam lobal juga berada dalam landasan untuk mencapai nilai pasaran $520 bilion menjelang 2021. Ini merupakan pertumbuhan sekitar 50% pada setiap tahun sejak 2017. Ini menunjukkan peluang IoT dalam ekonomi yang boleh dimanfaatkan oleh pelbagai pihak.
Cabaran dalam pelaksanaan IoT
Masalah pertama yang bermain di fikiran masyarakat adalah berkenaan privasi dan kawalan sosial oleh manipulasi politik. Contoh yang kita boleh lihat ialah seperti negara China, mereka menggunakan teknologi IoT dan pengecaman wajah di tempat awam dan sekolah untuk mengawal perilaku rakyat mereka. Sungguhpun niat kerajaan China baik untuk menghalang rakyat mereka daripada melakukan perkara buruk, tetapi masih menjadi perdebatan hangat adakah beretika untuk memantau gerak geri rakyat pada setiap masa.
Sekuriti pula adalah masalah yang paling mencabar dalam IoT. Dalam dunia globalisasi hari ini, apa-apa yang bersambung kepada Internet, mampu digodam dari jauh. Ini merupakan tanggungjawab pemberi servis IoT untuk menguatkan sekuriti sistem IoT mereka. Contoh yang membuatkan sistem IoT mudah diserang ialah penghantaran data antara peranti yang tidak disulitkan (unencrypted message), suntikan SQL (SQL injection) yang berpunca daripada platform IoT yang tidak kukuh dan kurangnya kemas kini sekuriti.
Pihak SCIENCE CREATIVE ECONOMY & INNOVATION CENTRE berharap agar perndekatan lebih tentang bidang “IoT” ini lebih mendalam ke arah kemasyarakatan agar pembangunan teknologi lebih mudah untuk difaham oleh sebilangan golongan.