Pada era globalisasi ini, perkembangan teknologi yang kian pesat dan sukar dibendung. Adalah satu kebaikan bagi sesebuah negara dalam merealisasikan sebuah negara yang lebih maju dan membangun dengan lebih cemerlang tidak kira dari aspek apa sekali pun. Mahupun teknologi “I.T” ataupun teknologi “I.C.T” ianya banyak menyumbang dalam memajukan lagi negara kita.
Daripada apa yang kita nampak, penggunaan “I.T” dan “I.C.T” amat penting dalam sesebuah teknologi lebih-lebih lagi dalam teknologi yang memerlukan inovasi seperti sistem robotik serta sistem yang melibatkan “programming”. Perkembangan teknologi ini sangat penting dalam membina sebuah satu teknologi.
Antara contoh “programming” yang dimaksudkan ialah salah satu daripada nya ialah, sistem “coding” yang semakin hangat diperkatan dalam kemajuan membina satu program ataupun satu teknologi inovasi yang memerlukan sistem “coding” ini. Sistem “coding” boleh didapati dalam pelbagai program yang berasaskan “coding”.
APAKAH ITU CODING?
Sejak kebelakangan ini, “coding” menjadi salah satu kemahiran yang sering menjadi perbualan hangat di kalangan penggemar teknologi. Terdapat juga beberapa sekolah yang sengaja dibina untuk mempelajari “coding” sejak kecil. Tapi apakah yang dimaksudkan dengan “coding” itu?
Bagi memahami maksud “coding” adalah sebuah aktiviti yang berkaitan dengan menulis atau mememerintah suatu program yang boleh dibaca oleh manusia berdasarkan sintaks (peraturan penulisan) dalam bahasa pengaturcaraan yang tertentu. Kemudian nya ditukar kepada kod yang boleh difahami oleh mesin ataupun komputer. Perintah akan diterjemahkan ke dalam bahasa mesin komputer menggunakan pengkompil. Tujuan aktiviti “coding” ini adalah sebagai satu bentuk komunikasi yang dilakukan oleh manusia kepada mesin komputer bagi memastikan tugas-tugas tertentu berjalan dengan lancar termasuklah menyelesaikan sesuatu masalah. Laman web atau program aplikasi adalah produk yang diperoleh daripada aktiviti “coding“.
FUNGSI DAN FAEDAH “CODING”
Melalui penerangan ringkas terhadap “coding” di atas, kita dapat simpulkan bahawa “coding” mempunyai peranan yang sangat penting dalam era digital masa kini. Pelbagai aplikasi, tapak web atau peranti teknologi lain boleh beroperasi kerana satu siri kod dibenamkan di dalamnya. Berikut adalah fungsi “coding” yang perlu anda ketahui.
– Sistem “coding” berfungsi untuk mencipta sesuatu yang baru di negara.
Apabila anda berkeinginan untuk membuat sesuatu aplikasi, maka “coding” adalah program yang mesti dilakukan. Anda boleh membuat sesuatu aplikasi dengan mudah tanpa perlu meminta bantuan dari orang lain kerana anda boleh belajar “coding” sendiri.
– Sistem “coding” menjadi tugas masa depan mencari anda.
Sehingga kini, banyak syarikat bergantung kepada kemahiran “coding” untuk merekrut pemohon. Jika anda sudah mempunyai pekerjaan sepenuh masa, anda boleh menjadikan “coding” sebagai kerja sambilan dengan gaji tinggi. Anda boleh menerima tawaran bekerja untuk membina tapak web, aplikasi atau perniagaan “e-commerce” dan lain-lain.
FAEDAH YANG ANDA AKAN PEROLEHI KETIKA BELAJAR SISTEM “CODING”
Dalam melakukan aktiviti “coding“, anda kebiasaannya akan menemukan kesalahan di dalamnya. Salah satunya contoh kesalahan ialah program mula mengalami ralat apabila ia akan dijalankan ataupun sedang dibina . Di sini anda ditekankan agar sentiasa memastikan program yang anda buat sentiasa tepat dan dapat menyelesaikan masalah.
Bermula dari mencari bahagian kod yang menjadi masalah, contohnya anda terlupa meletakkan simbol koma bertitik (;) yang biasanya digunakan untuk memisahkan baris arahan pertama dan seterusnya. Dengan cara itu, anda perlu menyemak semula setiap baris kod yang telah dibuat atau menyemak sambungan internet jika alatan yang digunakan memerlukan sambungan internet untuk menggunakannya. Mungkin ianya mungkin terlihat sedikit susah, akan tetapi itulah yang anda harus hadapi apabila menjadi seorang “codders”.
Memilih bahasa pengaturcaraan sangat diperlukan apabila anda akan memulakan aktiviti “coding“. Dengan memilih satu jenis bahasa bermakna anda juga perlu memahami struktur algoritma pengaturcaraan yang digunakan di dalamnya.
Kemudian, algoritma ini ialah apa yang anda gunakan apabila anda ingin membina aplikasi. Algoritma yang tidak sesuai akan membuat anda sukar untuk menentukan pilhan dalam membuat keputusan, apabila aplikasi mengalami ralat atau tidak dapat berjalan seperti yang diharapkan. Tanpa disedari, aplikasi algoritma pengaturcaraan secara tidak langsung akan dibawa ke dalam kehidupan seharian. Anda akan berfikir lebih logik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Semakin kerap anda menyelesaikan sesuatu kes dalam pengaturcaraan sistem “coding”, bermakna anda boleh dikategorikan sebagai seorang penyelesain masalah yang terus berlatih dan berkembang untuk mencari penyelesaian terbaik bagi setiap masalah.
Lebih-lebih lagi, apabila anda sedang mengusahakan sebuah projek aplikasi dengan pelbagai keperluan yang dikehendaki oleh pelanggan, sedangkan anda tidak tahu algoritma yang mesti digunakan. Daripada ini, anda dikehendaki sentiasa mempelajari teknik kerja terlebih dahulu untuk mengembangkan dan setiap potensi yang ada dalam diri anda.
Untuk makluman lanjut,
Dalam merealisasikan sebuah negara yang tidak mundur serta maju ke hadapan. Pihak kami iaitu SCIENCE CREATIVE ECONOMY & INNOVATION CENTRE (SCENIC) juga menyediakan program sedemikian bagi mereka yang berminat untuk belajar lebih lanjut lagi akan tentang “coding” boleh lah hubungi kami melalui rangkaian media sosial kami di Facebook, iaitu facebook.com/SCENICSabah. Lebih banyak anak muda sekarang lebih untuk gemari melakukan sistem program untuk “coding” ini.