CoreHalal, Tech startup yang pertama di Sabah melebarkan sayap di Australia.

Syabas dan tahniah atas kejayaan kepada @corehalal @synxsoft

Tech startup yang pertama di Sabah melebarkan sayap di Australia.

CoreHalal kini di World Halal Business Circuit (WHBCC) di Melbourne, Australia untuk bertukar Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Halal Development Corporation (HDC) untuk menjalin kolaborasi strategik yang disaksikan oleh Tuan Zainudin Bin Aman, Setiausaha Tetap, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah

Titik permulaan bagi kita pastinya ialah kerajaan dan agensi yang berkaitan untuk melihat potensi tech startup di negeri kita, bercakap dengan mereka dan memahami keperluan mereka, dan menangani keperluan tersebut sebelum mereka juga terlepas daripada genggaman kita untuk mencari peluang yang lebih baik. Kita tidak menginginkan pisang berbuah dua kali.

Dari situ, kita kemudiannya boleh mengenal pasti bahagian rangka kerja yang menghasilkan hasil yang diingini dan menghasilkan cara yang lebih baik untuk menukar dan meningkatkan prestasi mereka.
Dan tidak dilupakan dedikasi dan kesungguhan Setiausaha Tetap, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Tuan Zainudin Bin Aman yang menjadi saksi kepada kejayaan ini. “As we look ahead into the next century, leaders will be those who empower others”. —Bill Gates
 
Sabah Maju Jaya.
 
[ngg src=”galleries” ids=”15″ display=”basic_thumbnail” thumbnail_crop=”0″] 

    Comments are closed

    Lot 12, Ready Built Factory 5 (RBF5), Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP), 88450 Kota Kinabalu Sabah, Malaysia

    CONTACT US

    Tel: +60 8849 8688
    Email: marketing@scenic.my
    Copyright 2024 - SCENIC | Web Designed by Khaiz Empire
    Privacy Policy
    Skip to content