CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN YANG MENGUBAH PERNIAGAAN LEBIH BAIK

Seorang usahawan pasti berjaya apabila dia memiliki ciri ciri keusahawanan yang tertentu. Telah menjadi kebiasaan dalam kehidupan apabila kita selalu diingatkan dengan kejayaan usahawan yang lain. Ada kalanya ia memberi kita motivasi tetapi ada juga yang sampai membuatkan kita merasa tertekan untuk menjadi berjaya seperti mereka dalam jangka masa pendek. Sabah Creative Economy and Innovation Centre (SCENIC) mempunyai visi dalam mencipta taraf hidup yang terbaik untuk rakyatnya. Antara ciri-ciri keusahawanan yang patut ada pada diri usahawan:

  1. Berani mengambil risiko

Risiko bermaksud, “kemungkinan mendapat bahaya atau kerugian seorang sahaja yang menanggung perniagaan”. Selain itu, terdapat beberapa jenis risiko seperti risiko yang mendatangkan kecederaan fizikal, risiko kerugian kewangan, dan risiko kehilangan sesuatu yang berharga seperti kesihatan, status sosial serta emosi. Di sini dapat digambarkan bahawa keberanian untuk mengambil risiko perlu ada dalam diri seorang usahawan dan merupakan salah satu ciri-ciri keusahawanan kerana jika usahawan tidak mempunyai sikap ini, risiko tidak dapat ditangani dalam perniagaan yang akan dikendalikannya. 

Secara teori, semakin tinggi risiko itu, semakin besar pulangan yang diperolehi. Usahawan perlu membuat penilaian terhadap risiko yang bakal dihadapi kerana ia juga akan memberikan peluang untuk mendapatkan hasil yang memuaskan pada masa akan datang. Kebanyakan perniagaan yang sedang berkembang maju ini akan menggalakkan pihak pengurusan mereka untuk membantu dan menyokong proses kreatif bersama ahli-ahli lain bagi meringankan tekanan terhadap risiko perniagaan yang ditanggung.

Bill Gates warns of pandemics which could be far worse than Covid

https://sports.yahoo.com/bill-gates-warns-pandemics-could-122438380.html?guccounter=1&guce_referrer=aHR0cHM6Ly93d3cuZ29vZ2xlLmNvbS8&guce_referrer_sig=AQAAALZ1-xBCMJ6P0eCgauXMmeLCuzkiD3MY92YEdpQBtOVXMLiB8Mx5C3s-y9uQqxL2Ywvj2A91Fi_5JlSjIXFDCQpcrszwLcLr9vdFJQzZvFonu3lQigL5aETUAH7uaZ5nhJK0NRTBPMF0WeQdii00YTQEIFtWcYFFkJhP-kqOT8-m

Bill Gates adalah salah satu contoh usahawan yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan kerana beliau sanggup berani mengambil risiko. Nama sebenar Bill Gates ialah Bill Gates William Henry Gates III. Beliau telah dilahirkan di Seattle, Washington pada 28 Oktober 1955 dan mempunyai latar belakang keluarga yang kaya dalam politik, perniagaan serta khidmat masyarakat. Bill Gates merupakan seorang yang sangat rajin sejak peringkat kanak-kanak, beliau telah membaca keseluruhan “World Book Encyclopedia”. 

Pada umur 11 tahun, beliau menunjukkan kecerdasan yang luar biasa. Bill Gates memasuki Universiti Harvard pada tahun 1973, beliau tinggal dengan Steve Ballmer (kini pengerusi Microsoft). Pada masa itu, beliau membangunkan mikrokomputer pertama MITSAltair bahasa pengaturcaraan BASIC. Pada tahun 1975, beliau berhenti belajar dari Harvard, dia mula bekerjasama dengan rakannya Paul Allen dalam kajian Microsoft Corporation kerana mereka yakin bahawa komputer peribadi akan menjadi alat yang sangat berguna bagi setiap keluarga dan garis panduan ini memotivasikannya untuk membangun perisian untuk komputer peribadi .

Semasa mengasas Microsoft, Bill Gates telah mengambil beberapa risiko. Salah satu risiko yang diambil oleh Bill Gates adalah dia berhenti dari pengajiannya untuk mencipta Microsoft walaupun tugasnya dia adalah tinggal di kolej untuk menerokai ilmu dengan lebih mendalam. Selain itu, Bill Gates juga mengambil risiko apabila memulakan perniagaannya kepada wawasan, dia percaya suatu hari nanti wawasan komputer peribadi akan menjadi alat yang berguna untuk setiap keluarga dan pejabat. Apabila Bill Gates ditanya mengenai ini, beliau cenderung untuk mengatakan bahawa dia tidak mengambil risiko kerana dia mempunyai wang yang mencukupi bagi dia untuk teruskan kehidupannya jika perniagaannya tidak berhasil.

Akhir sekali, walaupun Bill Gates mengambil risiko untuk menolak diri dari pembelajaran tetapi usaha dan kerja keras beliau tidak sia-sia kerana beliau meneruskan kerjaya dalam perisian dan kini dia telah menjadi jutawan.

  1. Berwawasan

Wawasan sangat penting dalam diri seorang usahawan yang berjaya. Ini kerana wawasan merupakan elemen atau ciri penting bagi usahawan dan juga termasuk dalam ciri-ciri keusahawanan untuk terus mencapai matlamat organisasi atau syarikat yang dipimpinnya. Wawasan bermaksud mempunyai pandangan yang jauh terhadap sesuatu perkara seperti kemajuan atau perkembangan pada masa depan. Ini dapat menjamin kedudukan syarikat yang berada di bawah pimpinannya supaya dapat beroperasi dengan lancar dan cemerlang. Justeru, jika seorang (CEO) syarikat  mampu bertindak sejajar dengan visi dan misi organisasi atau syarikatnya, maka CEO tersebut pasti mampu dan berjaya dalam menangani segala masalah dan cabaran yang dihadapinya.

Young Entreprenuer: TOKOH USAHAWAN YANG BERJAYA : TAN SRI LOH BOON SIEW

http://youngentreprenuer0.blogspot.com/2016/11/tokoh-usahawan-yang-berjaya-tan-sri-loh.html

Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew ialah pengasas bagi syarikat Boon Siew Sdn. Bhd. Beliau merupakan seorang tokoh usahawan yang mempunyai wawasan yang tinggi. Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew yang juga dikenali sebagai ‘Mr. Honda’ merupakan seorang jutawan di negeri Pulau Pinang. Beliau dilahirkan di Hui An, daerah Fujian, China. Pada zaman kanak-kanak, beliau hanya mengumpul najis haiwan untuk dijual sebagai hasil pendapatan tambahan kepada keluarganya. Ini menunjukkan bahawa beliau tidak datang dari keluarga yang kaya raya, malah kejayaan beliau hari ini merupakan hasil dari titik peluh beliau sendiri. Pada tahun 1958, beliau berkesempatan untuk melawat negara Jepun dan di situlah tercetusnya idea beliau untuk membawa masuk produk motosikal Honda ke Malaysia.

Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew dikatakan seorang yang berwawasan tinggi kerana beliau merupakan usahawan Malaysia pertama yang berjaya membawa masuk produk berjenama Honda ke Malaysia. Produk Honda tersebut dibawa masuk melalui kilang pertamanya, Boon Siew Assembly Plant yang bertapak di Kawasan Perindustrian Mak Mandin, Pulau Pinang. Pada tahun 1969, kos pemasangan dan jualan dapat dijimatkan apabila ianya dipasang di Malaysia yang mana sebelum ini di pasang di negara Jepun. Sikap yang berwawasan ini telah mendorong dan memberi semangat kepada Tan Sri Loh Boon Siew untuk terus menceburi diri dalam bidang pemotoran ini. Justeru, beliau juga telah menjadi penggerak utama bagi industri permotoran di Malaysia agar lebih maju dan berkembang setanding dengan negara luar.

 

  1. Proaktif

Bagi seorang usahawan yang berjaya, ciri-ciri keusahawanan seperti sikap proaktif sangat penting dalam diri mereka. Proaktif bermaksud lebih dari sekadar mengambil inisiatif. Usahawan akan merangka dan mengawal tindakan yang dilakukan supaya tidak menanggung risiko yang terlalu tinggi dalam perniagaan. Usahawan yang mempunyai sikap proaktif juga merupakan seorang yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif agar mereka dapat menjadi inspirasi dalam hidup orang lain. Sesuatu keputusan yang dibuat adalah hasil daripada pemikiran mereka tanpa dipengaruhi unsur luar.

Sikap proaktif ini boleh dicontohi oleh seorang usahawan yang sememangnya sudah terkenal iaitu Datuk Jimmy Choo yang merupakan seorang pereka dan pembuat kasut yang berjenama dan berkualiti. Beliau bukan sahaja dianugerahkan dengan gelaran ‘datuk’ bahkan juga dianugerahkan gelaran ‘profesor’. Beliau juga dianggap sebagai duta Malaysia atas kejayaannya. Beliau telah mendapat pendedahan awal mengenai teknik pembuatan kasut daripada ayahnya. 

WHAT WE CAN LEARN FROM DATUK JIMMY CHOO'S 'RAG TO RICHES' STORY

https://www.xtra.com.my/trending/what-can-we-learn-from-datuk-professor-jimmy-choo-rag-to-riches-story/

Datuk Jimmy Choo telah membuka kedai kasutnya yang pertama dengan menyewa sebuah bangunan bekas hospital. Ini menunjukkan bahawa beliau seorang yang proaktif. Walaupun ketika itu jualan beliau tidak mendapat sambutan yang baik, namun beliau tetap bersikap positif dan terus berusaha sehingga rekaan beliau mendapat liputan di Majalah Vogue dan mula dikenali ramai. Datuk Jimmy Choo sangat bertanggungjawab dalam membuat keputusan mengenai arah tuju syarikat beliau iaitu Jimmy Choo Ltd.

Kesimpulannya, sikap proaktif yang ditunjukkan oleh Datuk Jimmy Choo perlu diteladani oleh usahawan yang baru memulakan perniagaannya. Ini kerana dalam proses memajukan sesuatu perniagaan bukanlah mudah seperti yang kita sangkakan. Ia memerlukan banyak pengorbanan dari segi masa, tenaga mahupun wang ringgit.

    Comments are closed

    Lot 12, Ready Built Factory 5 (RBF5), Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP), 88450 Kota Kinabalu Sabah, Malaysia

    CONTACT US

    Tel: +60 8849 8688
    Email: marketing@scenic.my
    Copyright 2024 - SCENIC | Web Designed by Khaiz Empire
    Privacy Policy
    Skip to content