Bengkel Transformasi Digital untuk Usahawan Kecil dan Sederhana

Bengkel Transformasi Digital untuk Usahawan Kecil dan Sederhana anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Sabah Creative Economy and Innovation Centre (SCENIC).
 
Bengkel ini merupakan program Transformasi Digital Untuk Usahawan Kecil dan Sederhana. Objektif utama bengkel ini adalah untuk meningkatkan dayasaing usahawan dalam era perniagaan digital.
 
Bengkel ini merupakan tahap pertama yang memperkenalkan program transformasi digital kepada usahawan. Sekiranya usahawan layak, mereka akan ditawarkan untuk mengikuti program latihan dan rundingan.
 
Di akhir bengkel ini, usahawan akan lebih memahami kepentingan teknologi terkini untuk lebih berdaya saing, mengurus dan melaporkan perniagaan digital dengan mudah memasarkan produk dan perkhidmatan dalam pasaran digital dengan lebih berkesan dan mendapatkan latihan dan khidmat nasihat dari pakar secara berterusan.
 
Tarikh : 02 Oktober 2022 (Ahad)
Tempat : Hotel Grandis, Kota Kinabalu, Sabah
 
Agenda :
8.30am – 9.00am ~ Pendaftaran Peserta
9.00am – 10.45am ~ Daya Saing Usahawan Digital
10.45am – 1.00pm ~ Pengurusan dan Pelaporan Perniagaan Digital
1.00pm – 2.00pm ~ Rehat
2.00pm – 3.30pm ~ Strategi Pemasaran Digital
3.30pm – 5.30 ~ Perundingan Transformasi Digital
5.30pm ~ Sesi Fotografi dan Bersurai
 
PENYERTAAN ADALAH PERCUMA
 
Sila daftar di google form untuk sahkan kehadiran.
 
Pautan pendaftaran : bit.ly/BengkelTDIKS-UKM
 
Maklumat Lanjut Sila Hubungi : 016-3314041 (Prof. Aini)

    Comments are closed

    Lot 12, Ready Built Factory 5 (RBF5), Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP), 88450 Kota Kinabalu Sabah, Malaysia

    CONTACT US

    Tel: +60 8849 8688
    Email: marketing@scenic.my
    Copyright 2024 - SCENIC | Web Designed by Khaiz Empire
    Privacy Policy
    Skip to content