Negeri di bawah bayu sememangnya terkenal muzik. Daripada keindahan suku kaum sehinggalah ke muzik. Alat-alat muzik tradisional merupakan satu kepentingan yang dijaga dengan baik di Sabah. Daripada gong hinggalah ke kulintangan, alat-alat muzik inilah yang membawa rakyat-rakyat Sabah untuk bersatu dan mengeratkan hubungan silaturahim. Contohnya, di mana-mana ada majlis atau perayaan besar, gong selalunya dimainkan oleh pemain-pemain yang dipilih. Bukan itu sahaja, alat-alat muzik di Sabah dipakai dalam upacara-upacara ritual adat. Muzik di Sabah dianggap sebagai tanda kemeriahan dan juga kesedihan atau dalam erti kata lain, muzik bagi rakyat Sabah dapat mengubah suasana suatu keadaan.
Gong merupakan alat muzik tradisional yang paling dikenali ramai di Sabah. Hal ini kerana muzik gong sudah kerap dimain di mana-mana majlis atau perayaan yang besar. Pada setiap bulan lima iaitu bulan Kaamatan di Sabah, muzik gong selalu dimainkan sewaktu perayaan atau upacara-upacara sosial. Gong dimainkan atau dipalu dengan pukulan yang berbeza mengikut daerah atau tempat masing-masing. Gong juga dipanggil sebagai Tagung dan diperbuat daripada bahan keras seperti besi dan tembaga
Sumber:https://www.mysabah.com/wordpress/sabah-gong-making-kg-sumangkap/
Besi yang digunakan untuk penghasilan gong akan diketuk menggunakan tukul khas yang dibuat untuk menghasilkan bentuk gong. Manakala bagi bahan tembaga pula akan dipanaskan dan dicairkan terlebih dahulu kemudian akan dimasukkan ke dalam bekas atau acuan gong dan dibiarkan sehingga ianya mengeras dan membeku. Gong atau Tagung ini kebiasaannya mempunyai 6 atau 7 buah dalam satu persembahan dengan nada bunyi yang berlainan supaya dapat menghasilkan rentak, alunan serta versi pukulan yang unik dan berbeza.
Kulintangan merupakan alat muzik tradisional idiofon yang mengeluarkan bunyi yang lebih kecil. Pada mulanya alat ini diperkenalkan di barat Sabah oleh suku kaum Brunei tetapi secara tradisional ianya juga digunakan oleh suku kaum Bajau dan beberapa suku Dusun/Kadazan. Kulintangan juga dimainkan semasa majlis-majlis atau perayaan berlangsung.
Kulintangan mempunyai struktur bentuk yang sama seperti gong. Namun, Kulintangan mempunyai saiz yang lebih kecil dan hanya dibaringkan di atas papan atau pemegangnya. Tidak seperti gong. Gong diikat ke kayu-kayu atau tiang-tiang mengikut urutan daripada gong 1 hingga gong 6 atau 7. Nada Kulintangan juga berbeza dengan gong. Bunyinya lebih kecil dan ton melodinya lebih jelas.
Alat ini merupakan muzik yang tergolong dalam kategori erofon dan juga dikenali sebagai organ mouth. Ianya digunakan sebagai muzik latar belakang.Salah satu daripada paip Sompoton ini tidak mengeluarkan bunyi tetapi sebaliknya berfungsi untuk menyeimbangkan kedudukan bentuk alat tersebut. Nada yang dikeluarkan juga hanya satu namun variasinya boleh dipelbagaikan mengikut lubang apa yang ditutup pada Sompoton tersebut. Ini biasanya dimainkan sebagai persembahan solo atau digunakan untuk rakaman dalam studio. Sompoton dijual mengikut nada yang ada pada Sompoton tersebut.
Paip-paip buluhnya diikatkan bersama dengan rotan yang telah diraut nipis. Semasa memainkan sompoton, seseorang pemain menutup dan membuka tiga daripada empat paip terpendek pada hujungnya dengan tiga jari tangan kanan dan tiga lubang kecil pada dasar paip terpendek serta hadapan dan belakang paip yang lebih panjang dengan jari tangan kiri.Sompoton ini boleh dimainkan secara perseorangan untuk hiburan persendirian atau dalam kumpulan untuk mengiringi tarian. Ianya popular di kalangan suku kaum Kadazandusun.
BACA JUGA: Produksi Audio Dan Muzik