SCENIC dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Keusahawanan & Koperasi Malaysia (KUSKOP), Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dengan sokongan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah akan menganjurkan
Taklimat Pengenalan dan Manfaat Perusahaan Sosial & Klinik Penarafan Akreditasi Perusahaan Sosial.
Taklimat dan klinik ini bertujuan untuk membantu usahawan sosial Sabah dalam memohon status Aspiring SE, Perusahaan Sosial Asas (SE. B), dan Perusahaan Sosial Diakreditasi (SE. Ac) dengan bimbingan pegawai dari KUSKOP dan INSKEN.
Jangan lepaskan peluang eksklusif ini untuk mendapatkan sijil akreditasi usahawan sosial yang akan memberikan banyak manfaat.
Klinik ini akan dijalankan seperti berikut:
🗓️ Tarikh: 6-7 Februari 2024 (Selasa & Rabu)
🕘 Masa: 9:00 pagi – 5:00 petang
📍 Tempat: Bangunan SCENIC, Lot 12, Ready Built Factory (RBF 5), Kota Kinabalu Industrial Park, 88450, Kota Kinabalu.
Link Pendaftaran : https://bit.ly/KlinikPenarafanSESabah
Peserta dikehendaki membawa beberapa dokumen penting untuk mendaftarkan perusahaan sosial atau koperasi berdasarkan SE bersama pegawai KUSKOP & INSKEN, seperti:
A) Salinan Sijil Pendaftaran Organisasi
B) Dokumen yang menyatakan tujuan penubuhan dengan jelas seperti Profil Organisasi, Memorandum of Article (SSM), Undang-Udang Kecil Koperasi, Undang-Undang Tubuh Penubuhan (ROS) & yang berkaitan.
C) Akaun Pengurusan (Khas untuk Pemohon SE. B)
D) Akaun Beraudit Disatukan (Khas untuk Pemohon SE. Ac)
Pelbagai perkongsian menarik berkaitan manfaat yang diperoleh peserta apabila mendapatkan Sijil Aspiring SE, Perusahaan Sosial Asas (SE. B), dan Perusahaan Sosial Diakreditasi (SE. Ac) akan disampaikan oleh agensi berkaitan kepada peserta.
Untuk maklumat lanjut, sila layari [https://semy.com.my/](https://semy.com.my/) sebelum menghadiri Klinik Penarafan SE Sabah 2024 pada masa yang ditetapkan.
Sebarang pertanyaan lebih lanjut sila berhubung dengan Shahzrean Shah di talian : +60109427939
Mari bersama-sama berkongsi ilmu, membina impak positif, dan meneroka potensi besar perusahaan sosial anda!